CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21198|Reply: 0

[Sarawak] TYT beri penghormatan terakhir kepada rakan seperjuangannya dalam PDRM

[Copy link]
Post time 3-2-2025 12:09 AM | Show all posts |Read mode


Tun Wan Junaidi bersama isteri, Toh Puan Fauziah menyampaikan ucapan takziah kepada balu mendiang serta anak-anak mereka. - Gambar Astana Negeri

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberi penghormatan terakhir kepada rakan seperjuangannya dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), mendiang DSP (B) Joneh Bidon di Batu Kawa, di sini hari ini.

Memetik Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), beliau yang hadir bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menyampaikan ucapan takziah kepada balu mendiang, Evelyn Kimson, 76, serta lima anak mereka.

Mendiang Joneh meninggal dunia pada usia 77 tahun, merupakan seorang pegawai polis yang banyak berjasa dalam perkhidmatan dan persahabatannya dengan Tun Wan Junaidi terjalin erat sejak mereka sama-sama berkhidmat dalam PDRM.

Dalam kesempatan sama, Tun Wan Junaidi meluangkan masa berbual dengan keluarga mendiang, mengenang kembali jasa serta pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatannya dalam pasukan keselamatan.

Di samping itu, beliau turut menyatakan penghargaan terhadap dedikasi dan komitmen mendiang dalam menjaga keamanan serta keselamatan negara, selain berharap agar legasi perjuangannya terus dikenang oleh generasi akan datang.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 10:46 PM GMT+8 , Processed in 1.830325 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list