CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5833|Reply: 0

[Sarawak] Cubaan penagih dadah melarikan diri daripada polis gagal

[Copy link]
Post time 4-2-2025 09:07 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Cubaan seorang penagih dadah untuk melarikan diri sebaik melihat kehadiran polis gagal selepas dicekup di tepi Jalan Jambusan, Bau, sekitar jam 1.45 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Dr Daram Ruer berkata, suspek berusia dalam lingkungan 57 tahun dan tidak bekerja itu ditahan ketika Ops Tapis dilaksanakan.

“Hasil pemeriksaan, polis menemui satu peket plastik lutsinar mengandungi bahan kristal putih dipercayai dadah jenis syabu di dalam kotak rokok milik suspek.

“Ujian saringan air kencing suspek adalah positif dadah dan suspek juga mengaku terlibat dadah hampir lima tahun,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kes disiasat secara berasingan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Bau akan terus menjalankan operasi di tempat-tempat berlakunya aktiviti dadah, katanya sambil memohon orang ramai menyalurkan maklumat kawasan berlakunya aktiviti dadah.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 11:07 AM GMT+8 , Processed in 0.897729 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list