View: 23804|Reply: 4
|
Kawan baik adalah maut, Shila Amzah pernah akrab dengan ibu tiri
[Copy link]
|
|
Pernah akrab, penyanyi Shila Amzah mendedahkan suatu masa dahulu bersahabat dengan wanita yang kini bergelar ibu tirinya.
Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 34, berkata perkara tersebut disedari ketika membelek ruangan galeri telefon bimbitnya.
“Nak bersihkan galeri foto, saya baru menyedari saya mempunyai terlalu banyak gambar dengan ibu tiri saya.
“Ketika itulah saya sedar dia pernah menjadi sahabat saya,” katanya menerusi perkongsian dalam platform Х.
Link:https://x.com/Shilaamzah/status/1890276405608665319
Begitupun, anak sulung kepada penyanyi dan pelakon senior Datuk ND Lala itu tidak memperincikan butiran individu dimaksudkan.
Pendedahannya meraih perhatian netizen yang meninggalkan komen berkenaan rakan akrab sebagai sesuatu yang perlu diawasi.
“Kawan baik pun merisaukan sekarang ini. Mereka adalah maut!” komen netizen.
Terdahulu, sekitar awal 2023 Shila pernah memuat naik hantaran mencari seorang wanita tanpa menjelaskan punca atau sebab.
Tulisnya dalam ruangan kapsyen, individu berkenaan merupakan rakan baiknya ketika belajar di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur.
Tidak lama selepas itu, media melaporkan seorang penyanyi dan pelakon lelaki popular era 80-an didakwa bernikah lagi satu secara rahsia.
Khabar angin mendakwa ND Lala atau Datuk Amir Amzah Salleh, 63, sudah menikahi wanita yang jauh lebih muda daripadanya sebagai isteri kedua.
Bapa empat anak itu kemudian menceraikan Fauziah pada 8 Ogos tahun lalu atas alasan tiada persefahaman.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Ya, never bring your best friend to home kalau taknak kena caras laki, mungkin dicarasnya bapak. Memang maklalat ni dulu rajin buat makan2 ajak org pergi rumah dia termasuk bini baru paklalat merangkap kawan sekolah lalat ni. So leason learnt, trust no one dan jangan terlalu baik dgn kawan sampai merisikokan keluarga/perkahwinan sendiri. Belajar dari kesilapan org lain. Home ialah tempat tertutup sesama keluarga, utk dah kawen suami isteri/anak. Never bring outsider to your home. Nak jumpa, jumpa di luar jelah |
|
|
|
|
|
|
|
boleh lah buat drama lepas ni
ke dah ada haha
apa jadi ek dgn bini muda apaknya tu..ada baby baru dah ke![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by NuansaBiru at 16-2-2025 08:08 PM
Jantan2 tua jaman la dr golongan retis sendu 80an mmg takleh pakai punya jenis
Hat tu tekel mak pastu sangkut kat anak
Hat nu tekel bapak pompuan konon nak jodohkan dgn anak jantan dia, last2 dia yg rembat
Hat ni sangkut dgn bespren anak pompuan dia sendiri
![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
I.K.A888990 replied at 16-2-2025 07:53 PM
boleh lah buat drama lepas ni
ke dah ada haha
Ada la uols .kalau tak silap cite Pasah Sandha .. |
|
|
|
|
|
|
| |
|