CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4747|Reply: 3

Kaka Azraf dah tak gaduh, bahagia dengan suami

[Copy link]
Post time 17-3-2025 11:41 AM | Show all posts |Read mode


Pilih mendiamkan diri ketika isu rumah tangganya hebat diperkatakan, penyanyi Kaka Azraff menutup mulut kerana enggan mengeruhkan keadaan selain memikirkan tentang keluarga dan anak-anak.

Sudah melepasi fasa kritikal, Kaka atau Nor Atiqah Noor Azraff, 36, bagaimanapun memberitahu hubungannya bersama suami iaitu Adam Azriff kini dalam keadaan bahagia.

"Saya dan suami baik saja, kami memang tinggal sebumbung. Kami tidak berpisah, orang dengar itu mungkin bukanlah sesuatu yang sahih.

"Tapi paling penting kami sudah sepakat, berbaik dan berkasih sayang ketika ini. Doakan kami, rumah tangga ini ada pasang surutnya.

"Nak cakap lebih-lebih saya pun tak tahu hati orang macam mana, saya pun takut juga dengan penyakit Ain ini," katanya kepada mStar.

  


Kaka berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Rakaman Melodi Raya 2025 bertempat di Studio 1, Balai Berita, Bangsar pada malam Ahad.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Kaka berkata keputusan kembali bersama itu dicapai selepas dia dan Adam mula menyelami hati masing-masing.

Menurut Kaka, kejadian tersebut mematangkan mereka berdua sekali gus menjadi pasangan suami isteri yang sabar dan sentiasa berusaha mempertahankan rumah tangga.

Tambahnya setiap pasangan perlu berhati-hati apabila mendengar sesuatu daripada pihak ketiga kerana bimbang ia akan memudaratkan hubungan suami isteri.

“Kami berdua bercerita dan berbincang, kenali apa keutamaan serta matlamat kami. Janji sama-sama berusaha untuk mempertahankan.

“Yang dari luar cuma boleh dengar tapi jangan ambil kerana yang nak faham itu hanya kami berdua.

“Saya anggap ia ujian di peringkat usia saya dan ia mematangkan serta membuatkan saya lebih berhati-hati dalam bertindak," ujarnya.

  


Dalam pada itu, Kaka berkata dia lebih selesa untuk tidak terlalu berkongsi foto bersama keluarga di media sosial pada ketika ini.

"Saya juga belajar rumah tangga ini tidak perlu dikongsi sangat, cukup orang tahu untuk elak fitnah dan sebaliknya.

"Kalau di media sosial pun biasa-biasa saja, saya pun tak halang suami untuk kongsi. Tapi saya hanya perlahankan sedikit... kadang ikut mood juga," katanya lagi.

Pada Oktober lalu, media melaporkan Kaka dan suami sah bercerai talak satu dan pengesahan tersebut dibuat secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

  


Bagaimanapun, pasangan itu dikatakan sudah kembali rujuk sebagai suami isteri ketika dalam tempoh idah selepas bercerai.

Malah Adam dalam satu hantaran pada Januari 2025 memuat naik foto bersama Kaka ketika hadir ke sebuah acara fesyen yang turut disertakan kata-kata romantis di ruangan kapsyen.

Untuk rekod, Kaka dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018.

Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aslan, 6, dan Aryan, 4 dan Atta Adam yang kini berusia setahun.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2025 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols teka sat lg dia preggy lagi
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki dia khuenz.. muka cam somi kak rara
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 04:18 PM | Show all posts
fattymah: Laki dia khuenz.. muka cam somi kak rara


jauhhhhhhh

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 11:40 PM GMT+8 , Processed in 0.055567 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list