CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1946|Reply: 9

[Politik] Wan Saiful dedah, dakwa siasatan forensik sahkan video seks Azmin tulen

[Copy link]
Post time 30-9-2025 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 1-10-2025 03:06 PM

malaysiakini.com.my
Alyaa Alhadjri
Diterbitkan:  Sep 29, 2025 4:48 PM




Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Wan Saiful Wan Jan hari ini membangkitkan dakwaan salah laku membabitkan rakan partinya, Azmin Ali dan Tun Faisal Ismail Aziz – termasuk ugutan fizikal serta perang siber di alam maya.

Wan Saiful yang sebelum ini dipanggil berdepan lembaga disiplin parti – sesi yang kini ditangguhkan – berhubung usahanya mengumpul akuan berkanun (SD) daripada ketua bahagian Bersatu, hari ini berkata dia akan mengemukakan laporan balas terhadap kedua-dua pemimpin berkenaan.




“Kesimpulannya, saya ingin nyatakan bahawa saya akan menghantar laporan disiplin berhubung salah laku Azmin Ali dan Tun Faisal.

“Kedua, selepas mendengar semua penjelasan, saya berharap dan percaya bahawa semua pihak, termasuk pimpinan tertinggi parti, akan lebih memahami keadaan sebenar,” katanya pada sidang media di Petaling Jaya yang turut dihadiri penyokong yang terdiri daripada ketua-ketua bahagian dan ahli Bersatu.


Menyasarkan Azmin, Wan Saiful lebih awal mendedahkan hubungannya dengan setiausaha agung Bersatu itu “kejap panas, kejap sejuk” sejak tahun lalu, dipercayai berkait perkembangan baharu siasatan terhadap skandal video 2019 yang mengaitkan bekas menteri kabinet itu.

“Selepas konvensyen (Bersatu) tahun lepas, saya terima maklumat baharu yang mendakwa siasatan forensik ke atas video intim yang dikatakan membabitkan Azmin Ali di Sandakan mengesahkan video itu adalah tulen.




“Perkara ini mengubah pendirian saya terhadap Azmin Ali. Saya nyatakan pandangan kepada beberapa orang bahawa selagi isu ‘video songsang’ ini tidak diselesaikan, Azmin tidak layak jadi pemimpin Bersatu.

“Saya berpandangan kalau ia fitnah politik, ya, kita mesti pertahan dan lawan. Tetapi kalau ia isu moral yang menyimpang, maka ia tidak sesuai untuk parti seperti Bersatu", kata Wan Saiful, sambil menambah dia sebelum ini pernah menyokong Azmin untuk naik sebagai timbalan presiden parti.

Malaysiakini sudah menghubungi Azmin untuk mendapatkan respon terhadap dakwaan yang dibuat oleh Wan Saiful.

Azmin pada 2019 menafikan sekeras-kerasnya apa yang digambarkannya sebagai “fitnah kejam” terhadap dirinya oleh Haziq Abdullah Abdul Aziz, individu yang mengaku muncul dalam video terbabit.



Dalam perkembangan sama, Wan Saiful turut menamakan Tun Faisal sebagai pemimpin parti yang melaporkannya kepada jawatankuasa disiplin, selain menuduh beliau cuba memalitkan dirinya dengan tuduhan palsu berkaitan pengumpulan akuan berkanun



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2025 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Berkat qunut nazilah mp jasin la ni PN/PAS,Bersatu skg tgh dok bercekau sama sendiri.Cashhh la khennn...







[
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2025 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Belum PRU lagi, dah bercekau. Tunggu nanti berebut kawasan lagi dasyat ke bercakaran.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang dah nak habis tahun 2025. Nobody is asking for that shit. Tetiba keluar kenapa?

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg Dr awal rs video tu tulen. Even video chinadoll pun tulen jgk. 2 bekas sahabat baik ni mmg x bleh pki. Rakyat msia kena kencing
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 08:06 AM | Show all posts
terus seram rasa...orang tu nampak elok berkeluarga..apa eh ciri2 lelaki gay/bi yang dah kawen ni? terus risau dgn pasangan sendiri
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2025 10:13 AM | Show all posts
apooo tak abis-abis diorang ni?

orang sibuk #JusticeForZara dan #AllEyesOnGaza ko tak abes-abes dgn politik taik ko!

Sampah!!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2026 07:55 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2026 08:31 AM | Show all posts
apa perasaan si bini azmin tu yer? boleh berselera lagi ke hadap laki die tu? kalo anak ismail sabri tu teros divorce lepas kontroversi ex hubby die dalam lif...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2026 08:37 AM | Show all posts
video tu tipu..

yg dikatakan azmeen, azmeen tu nampak kaku dalam bideo tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.051541 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list