Edited by YgBenar at 2-12-2025 06:13 PM
Seorang wanita yang juga seorang ibu, Cristina Kneip bertindak balas dan memecahkan PS5 anaknya selepas anak lelakinya itu menggunakan kad kreditnya untuk membeli barangan dalam Roblox.
Dilaporkan anak lelakinya yang berusia 10 tahun itu telah membelanjakan USD2,212 daripada kad kredit ibunya pada permainan Roblox. Angka itu kira kira RM9,142.00.
Lebih menyakitkan hatinya, anaknya dikatakan telah melawannya dengan memanggilnya perempuan tua serta banyak kata kata kesat termasuk menggelarkan ibunya bangsat dan banyak lagi.
Dan akhirnya ibunya yang sangat marah dan kecewa, mengambil tukul dan memecahkan PS5 anaknya itu sambil menyatakan: ‘Tak ada lagi lepas ini’.
Video itu dirakam oleh influencer bernama Dani Kneip yang merupakan abang kepada kanak kanak 10 tahun yang biadap dan menghabiskan duit ibunya itu.
Davi menjelaskan bahawa adiknya memang sudah pernah bermasalah kerana permainan tersebut. Dia mengalami ketagihan teruk kepada permainan tersebut dan obses dengan ‘skin’ serta barangan di dalam permainan itu.
Tahun ini, dia telah berberapa kali menggunakan kad ibunya untuk membuat pembelian di Roblox. Dan kali ini benar benar melampau apabila dia menggunakan lebih RM9,0000 untuk dibelanajakan pada Roblox.
Walaupun ramai mengecam tindakan ibunya yang dianggap menunjukkan contoh tidak baik kepada anaknya dengan memecahkan harta benda sebagai tanda marah.
Mereka juga berpendapat bahawa, PS5 itu adalah harta kepada kanak kanak tersebut setelah diberikan kepadanya. Jadi ibunya tidak berhak merosakannya.
“Kanak kanak itu dah ada bukti untuk ambil tindakan perundangan. Dia diberikan PS5 sebagai hadiah, bermakna itu harta peribadinya,” tulis seorang netizen di X.
Tetapi, Davi menyokong ibunya. Ini kerana menurutnya, adiknya itu ada ADHD tahap tinggi dan sangat mudah bertindak impulsif. Ini termasuk suka menyampuk dan melawan ibunya dengan kata kata kesat.
Dia juga seorang kanak kanak yang sukar berhenti apabila sudah obses dengan sesuatu perkara tanpa berfikir panjang. Mungkin dengan tindakan itu, adiknya itu akan belajar sesuatu agar menghormati garis panduan sudah ditetapkan orang dewasa apabila mereka sudah membelikannya PS5 dan membenarkannya bermain permainan video.
Banyak lagi komen mengecam ibu kanak kanak itu sebagai terlalu emosi dalam tindakannya. Lebih baik dia jual sahaja PS5 itu.
|