CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 67|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki kumpul hasil hutan tanpa permit didenda RM50,000

[Copy link]
Post time 16-1-2026 09:25 AM | Show all posts |Read mode


Lori yang digunakan oleh tertuduh bagi membawa hasil balak haram yang diperolehi dari tanah kerajaan.

KAPIT: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menjatuhkan hukuman denda keseluruhan berjumlah RM50,000 atau penjara enam bulan ke atas seorang lelaki kerana menebang pokok dan mengumpul balak secara haram di tanah kerajaan tanpa permit.

Barry Brotus, 29, dari Tambunan, Sabah, mengaku bersalah atas pertuduhan mengumpul hasil hutan tanpa permit daripada Pengarah Hutan Sarawak serta memiliki balak secara haram dari Tanah Negeri di Belaga.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan pegawai hutan dari Unit Penguatkuasaan dan Keselamatan Negeri (UKPS) menjalankan pemeriksaan rutin di sepanjang Batang Belaga dan terserempak dengan tertuduh yang sedang mengendalikan sebuah lori yang membawa balak.

Siasatan lanjut mendapati 21 batang balak daripada pelbagai spesies dan saiz itu diperoleh dari kawasan hutan berhampiran Kampung Sambop di Sungai Asap, yang dikenal pasti sebagai Tanah Negeri.

Tertuduh gagal mengemukakan sebarang dokumen bagi membuktikan beliau mempunyai permit untuk menebang dan mengumpul hasil hutan tersebut daripada Pengarah Hutan.

Seksyen 90 Ordinan Hutan 2015 (Bab 71) memperuntukkan bahawa sesiapa yang mengumpul hasil hutan di hutan simpanan kekal, Tanah Negeri atau tanah beralienasi tanpa lesen yang dikeluarkan di bawah Seksyen 40, 54 atau 55 adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dihukum denda tidak kurang RM25,000 dan tidak melebihi RM150,000, serta penjara sehingga lima tahun.

Peguam bela tertuduh Muhammad Nur Syafiq Wong memaklumkan bahawa ini merupakan kesalahan pertama tertuduh di bawah Ordinan Hutan dan memohon hukuman yang lebih ringan, selain tertuduh menyesali perbuatannya.

Hakim Musyiri Peet yang mempertimbangkan semua faktor termasuk pengakuan bersalah dan hakikat bahawa ia merupakan kesalahan pertama tertuduh di bawah Ordinan Hutan 2015, kemudiannya menjatuhkan hukuman denda keseluruhan RM50,000 atau penjara enam bulan.

Mahkamah turut memerintahkan Barry membayar RM9,805.90 iaitu sepuluh kali ganda nilai hasil hutan kepada Kerajaan mengikut Seksyen 90(2) Ordinan Hutan 2015, selain mengarahkan semua kenderaan dan balak yang dirampas turut dilucuthakkan kepada pihak pendakwaan selaras dengan Seksyen 79(2) Ordinan tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ronald Felix Hardin dari Jabatan Peguam Negara Negeri Sarawak bersama Pegawai Pendakwa Johny Ikau dan Paddril Peter dari UKPS.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.350841 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list