CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 484|Reply: 3

[Dunia] Angka kematian runtuhan tapak pelupusan sampah di Filipina meningkat kepada 25 orang

[Copy link]
Post time 16-1-2026 11:05 AM | Show all posts |Read mode

MANILA: Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan di bandar Cebu, tengah Filipina, seminggu selepas tapak pelupusan sampah runtuh pada 8 Jan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 25 orang dan menyebabkan 11 lagi masih hilang, menurut pihak berkuasa pada Khamis, lapor Xinhua.

Ahli Majlis Bandar Raya Cebu, Dave Tumulak berkata, pasukan penyelamat belum secara rasmi beralih kepada fasa pencarian mayat walaupun tempoh masa telah berlalu dan keadaan di lokasi sukar, sebagai menghormati keluarga mangsa yang masih hilang.
"Kebanyakan keluarga masih berharap ahli keluarga mereka masih hidup dan kami juga berdoa agar keajaiban berlaku ketika usaha mencari mangsa terselamat diteruskan," kata Tumulak dalam satu temu bual radio.


Insiden itu berlaku di tapak pelupusan sampah yang dikendalikan secara persendirian di bandar itu pada lewat petang 8 Jan, apabila longgokan sampah yang besar runtuh, menimbus sebuah fasiliti dan ramai pekerja.u

Setakat malam Khamis, Biro Perlindungan Kebakaran bandar itu mengesahkan 25 kematian, manakala 11 individu masih belum ditemukan.
Pihak berkuasa sebelum ini melaporkan yang 18 pekerja yang cedera berjaya diselamatkan dalam beberapa hari selepas kejadian berlaku.
Pasukan penyelamat, termasuk anggota bomba, pengawal pantai dan tentera, terus berdepan keadaan berbahaya di lokasi kejadian, antaranya tanah yang tidak stabil, pengumpulan gas metana serta terowong sempit di bawah bertan-tan sisa yang dipadatkan.
uuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
Sebagai tindak balas terhadap bencana itu, Majlis Bandaraya Cebu mengisytiharkan keadaan darurat, sekali gus membolehkan pengeluaran dana kecemasan bagi menyokong operasi mencari dan menyelamat serta menangani krisis pelupusan sisa yang menyusul.
Sementara itu, Jabatan Alam Sekitar dan Sumber Asli mengeluarkan perintah henti operasi serta-merta terhadap pengendali tapak pelupusan berkenaan kerana kemungkinan kelemahan dalam pemantauan dan pematuhan protokol keselamatan.
Keluarga pekerja yang masih hilang terus berkumpul dan menunggu di lokasi kejadian, sambil berharap dan berdoa untuk mendapat khabar yang baik.
-- BERNAMA



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2026 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pe lah, dah ramai sangat populasi.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 09:52 PM | Show all posts
Terlalu miskin kan sampai makanan yg terbuang tu depa kutip , makan & ada yg masak balik & jual.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 16-1-2026 08:22 PM
Tak pe lah, dah ramai sangat populasi.

Sampai melimpah ke kota raya sana.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.661206 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list