CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 444|Reply: 3

Kerajaan Perancis perkenalkan Plat kenderaan merah jambu

[Copy link]
Post time 16-1-2026 12:12 PM | Show all posts |Read mode





PARIS – Pemandu Britain yang melancong ke Eropah tahun ini mungkin akan melihat plat nombor berwarna merah jambu terang di jalan raya apabila Perancis memperkenalkan peraturan baharu, lapor portal berita GB News semalam.

Kerajaan Perancis melancarkan plat nombor sementara baharu berwarna merah jambu yang diperkenalkan pada 1 Januari lalu.

Plat baharu ini dikhaskan untuk kenderaan yang mempunyai sijil pendaftaran garaj WW atau W, seperti yang telah diumumkan pada November tahun lalu.

Ia akan digunakan bagi kenderaan yang masih menunggu pendaftaran akhir atau diimport sebelum didaftarkan di Perancis atau digunakan oleh golongan profesional untuk ujian jalan raya.

Kerajaan Perancis menyatakan, nombor  plat lesen bertujuan memudahkan penguat kuasa undang-undang mengenal pasti dan mengawal kenderaan.

Sebelum ini timbul kebimbangan terhadap kira-kira 400,000 pendaftaran sementara plat WW dan W yang dikeluarkan setiap tahun. – AGENSI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2026 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Plat pink ni untuk pemandu wanita je ke camne???
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 04:54 PM | Show all posts
lawa jugak kaler macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 07:55 PM | Show all posts
Jika di Malaysia dipanggil trade plate.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.776367 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list