CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 65|Reply: 0

[Sarawak] Pembantu tadbir sekolah mengaku tidak bersalah atas 24 pertuduhan pecah amanah

[Copy link]
Post time 16-1-2026 03:08 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 17-1-2026 10:12 PM



KAPIT: Seorang pembantu tadbir wanita sebuah sekolah di Sungai Sut, Baleh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas 24 pertuduhan pecah amanah membabitkan wang milik sekolah berjumlah RM134,582.20.

Tertuduh berusia 33 tahun, membuat pengakuan tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan di hadapan hakim Musyiri Peet, yang kemudian menetapkan 2 Mac ini sebagai tarikh pengurusan kes.

Sementara itu, mahkamah turut membenarkan tertuduh bebas dengan ikat jamin sebanyak RM10,000 dan RM8,000 dalam bentuk deposit tetap, dengan dua orang penjamin yang mempunyai alamat tetap bagi kesemua pertuduhan itu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan pecah amanah di sebuah sekolah rendah di Sungai Sut, Baleh, Kapit antara 14 Julai 2023 hingga 4 Januari 2024, membabitkan wang milik sekolah berjumlah RM134,582.20.

Bagaimanapun wang tersebut telah digunakan oleh tertuduh untuk kegunaan pribadi.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 14 tahun dan dengan sebatan dan juga denda.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Cynthia Emmelda Jerry sementara tertuduh tidak diwakili.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.126666 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list