|
View: 435|Reply: 4
|
[Tempatan]
Kampung Baru Terima Padah UMNO Hilang Kuasa 8 Tahun
[Copy link]
|
|
|
KUALA LUMPUR: UMNO tidak menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) sekiranya semua perkara dibangkitkan termasuk kepentingan orang Melayu tidak dimasukkan ke dalam RUU tersebut.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pendirian tegas itu diambil bagi memastikan pembangunan semula bandar dilaksanakan secara adil dan mengambil kira kepentingan rakyat, bukannya pelaksanaan projek pembangunan semata-mata.
Katanya, perkara itu perlu diambil maklum kerana walaupun UMNO bersetuju dengan resolusi untuk menangguhkan bacaan kali kedua RUU berkenaan, persoalan utama yang timbul adalah sama ada perkara yang dibangkitkan akan dimasukkan ke dalam RUU tersebut apabila dibawa semula ke Parlimen.
“UMNO menyokong pembangunan semula bandar, namun pembangunan itu mesti adil dan tidak menzalimi rakyat seperti yang berlaku di Kampung Baru.
“Penduduk diarahkan berpindah tetapi selepas lapan tahun masih belum menerima rumah yang dijanjikan. Keadaan itu berlaku ketika UMNO tidak lagi berkuasa selama lapan tahun,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di sini hari ini. – UTUSAN |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tgk india.. Tadak kuasa ke ade kuasa ke.. Nobody cannot touch kuyel |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Eleh kg baru ada satu je itu pun payah.
Sementara kampung/koloni asing worangs elok je berkembang. Banyak pulak tu. Contohnya malu-malu di island... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kg Baru tu bukti kalau semua benda nak tunggu melayu, wajah Malaysia ni akan stuck di zaman perang dunia kedua
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|