CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 58|Reply: 0

[Pulau Pinang] Nidzam kecewa tumpul jadi isu

[Copy link]
Post time 19-1-2026 04:57 AM | Show all posts |Read mode
Nidzam kecewa tumpul jadi isu

Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Januari 18, 2026 @ 1:44pm




Pemain Negeri Sembilan Takumi Sasaki (dua kanan) diasak pemain Imigresen pada perlawanan Piala Malaysia di Stadium Negeri Batu Kawan. - BERNAMA



BATU KAWAN: Pengendali Negeri Sembilan FC, Nidzam Jamil menyifatkan keputusan seri 0-0 ketika menentang Imigresen FC pada aksi pertama pusingan 16 Piala Malaysia di Stadium Negeri Pulau Pinang di sini semalam sebagai keputusan adil walaupun mengakui isu kegagalan menjaringkan gol lebih menjadi tumpuan peminat.

Jurulatih berusia 46 tahun itu berpandangan, kegagalan skuad Jang merobek gol lawan dalam tiga perlawanan berturut-turut termasuk ketika menentang Johor Darul Ta'zim dan Selangor FC dalam tempoh tujuh hari tidak wajar dijadikan ukuran bahawa pasukannya berada dalam prestasi lemah.

"Kalau orang asyik bercakap pasal isu tidak menjaringkan gol, dalam liga kami sudah jaring lebih 20 gol.

Hanya kerana tiga perlawanan terakhir kami tidak menjaringkan gol, tidak bermakna kami lemah.

"Sebelum ini kami bolos banyak gol, tetapi dalam dua perlawanan terakhir kami hanya bolos dua gol dan hari ini kami mencatat 'clean sheet' daripada segi pertahanan, kami sudah bertambah baik.

"Saya juga gembira dengan (pemain pinjaman) Amirul Adli, Mio (Tsuneyasu), penjaga gol Aqil yang begitu cemerlang, jadi ada banyak perkara positif tiada sesiapa bercakap tentang itu," katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Mengulas mengenai strategi di tempat lawan, Nidzam menjelaskan beliau tidak mahu mengulangi kesilapan dalam saingan Piala FA sebelum ini yang menyaksikan pasukannya terlampau mengejar keputusan besar sehingga mereka melakukan banyak kesilapan pada perlawanan pertama.


"Sudah tentu kami mahukan keputusan 1-0 atau 2-0 untuk keselesaan, tetapi pada sama kami tidak boleh mengambil mudah Imigresen yang memberi ancaman terutama menerusi penyerang mereka, Wilmar Jordan, kedua-dua pemain sayap mereka selain Eduardo Sosa.

"Saya bercakap bukan untuk melindungi pemain atau diri saya.

Tetapi ini Piala Malaysia, kami perlu tahu bagaimana cara untuk bermain di tempat lawan dan tempat sendiri nanti, kami tidak mahu buat silap lagi," jelasnya
.
Nidzam berkata, faktor keletihan turut menjadi punca beliau melakukan penggiliran pemain dengan merehatkan lima hingga enam tonggak utama termasuk Khuzaimi Piee pada separuh masa kedua untuk memilih pemain yang benar-benar cergas dalam kesebelasan utama.

"Kami hanya ada kurang 48 jam selepas lawan Selangor, berlatih sehari sebelum ke Pulau Pinang. Jadual tiga perlawanan dalam tujuh hari sangat mencabar. Pemain seperti Oday (Kharoub) sepatutnya tidak bermain semalam, tetapi kami ambil risiko," katanya.

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2026/01/1498252/nidzam-kecewa-tumpul-jadi-isu





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.053155 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list