CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 42|Reply: 0

[Kedah] Bekas eksekutif bank disyaki terima rasuah direman

[Copy link]
Post time 19-1-2026 03:24 PM | Show all posts |Read mode
Bekas eksekutif bank disyaki terima rasuah direman

19 Januari 2026 02:31pm





Suspek lelaki berusia lingkungan 50-an ditahan pada kira-kira jam 4 petang semalam, ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kedah. Foto hiasan






ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahanseorang bekas eksekutif bank kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah kira-kira RM7,000, dua tahun lepas.

Menurut sumber SPRM, suspek dipercayai meminta suapan tersebut sebagai balasan membantu mendapatkan pembiayaan pembelian dron kepada pemohon skim pembelian tersebut.


Sumber itu berkata, suspek lelaki berusia lingkungan 50-an ditahan pada kira-kira jam 4 petang semalam, ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kedah.

"Siasatan awal mempercayai suspek melakukan perbuatan tersebut pada 2024.

Suspek disyaki menerima rasuah melalui transaksi pemindahan wang dalam talian ke akaun peribadinya, dengan menerima rasuah antara RM1,000 hingga RM2,300 bagi setiap permohonan,” kata sumber itu.


Perintah reman selama lima hari sehingga 23 Januari ini terhadap suspek dikeluarkan Majistret Nur Syifa Mohd Hamzah, selepas permohonan dibuat oleh SPRM di Mahkamah Majistret di sini, pagi tadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Keda,h Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Sekyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/article/764659/berita/semasa/bekas-eksekutif-bank-disyaki-terima-rasuah-direman


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.123196 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list