CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12975|Reply: 2

AKPS tahan lelaki China guna pas lawatan sosial tidak sah

[Copy link]
Post time 21-1-2026 04:15 PM | Show all posts |Read mode




SEPANG – Cubaan seorang warga China untuk memasuki negara ini gagal apabila ditahan selepas didapati memiliki pas lawatan sosial yang tidak sah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 6 petang itu, lelaki berusia 33 tahun ditahan selepas menjalani pemeriksaan rutin oleh pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS).

AKPS dalam kenyataannya berkata, semakan mendapati pas lawatan sosial yang dimiliki individu berkenaan tidak teratur dan menyalahi peraturan yang ditetapkan.

“Lelaki itu ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan siasatan lanjut dijalankan Bahagian Penguatkuasa KLIA,” katanya hari ini.

AKPS memandang serius sebarang pelanggaran undang-undang imigresen termasuk penggunaan pas lawatan sosial yang tidak sah.

“AKPS akan terus memperkukuh kawalan dan penguatkuasaan di semua pintu masuk antarabangsa bagi memastikan keselamatan negara serta pematuhan sepenuhnya terhadap undang-undang sedia ada,” jelasnya.


Sumber : – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2026 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Syabas AKPS. Sebelum ni tah berapa puluh ribu cina PRC dah lepas masuk, buat kampung dlm msia dah apa.. beli ic msia, ckp melayu sepatah tak reti tapi ada ic. Buka pusat scam nk scam geng sana, tah2 ada kongsi gelap jugak dgn pusat pelacuran semua tu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2026 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kemain ngata ditindas....HADAP JUGA MSIA NI...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.368934 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list