CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41367|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Indonesia Masters: Zii Jia benam Prannoy ke pusingan kedua

[Copy link]
Post time 21-1-2026 11:23 PM | Show all posts |Read mode
ZII JIA menunjukkan aksi cukup baik ketika menewaskan Prannoy bagi meneruskan kemaraan ke pusingan kedua Indonesia Masters. - SHIDDIEQIIN ZON





Indonesia Masters: Zii Jia benam Prannoy ke pusingan kedua



  • Oleh MUHAMMAD HELMEE RAMLI
  • 21 Januari 2026, 6:45 pm




KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki pofesional negara, Lee Zii Jia bermula langkah kanan pada Kejohanan Badminton Indonesia Masters selepas mara ke pusingan kedua.

Pada aksi pusingan pertama di Istora Senayan, Jakarta sebentar tadi, bekas juara Asia itu menang 21-19, 21-11 ke atas pemain India, H.S. Prannoy dalam tempoh 35 minit.

Zii Jia menunjukkan banyak peningkatan dari segi permainan jika dibandingkan ketika dia tersingkir di pusingan pertama pada Terbuka Malaysia dan Terbuka India sebelum ini.

Walaupun berdepan tentangan sengit di set pertama, namun pemain berusia 28 tahun itu mempamerkan aksi lebih meyakinkan di set kedua bagi mencatat kemenangan straight set.

Sebagai rekod, ini merupakan kali pertama Zii Jia berjaya melangkah ke pusingan kedua selepas kali terakhir melakukannya pada kejohanan Orleans Masters Mac tahun lalu.

Sebelum ini, pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu terpaksa berehat panjang bagi memberikan sepenuh tumpuan terhadap proses pemulihan kecederaan yang dialami.

Menjelang pusingan kedua esok, Zii Jia akan berdepan pemain Thailand, Panitchaphon Teeraratsakul yang menewaskan Lee Chai Hao dari Taiwan 21-10, 21-18. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2026/01/21/indonesia-masters-zii-jia-benam-prannoy-ke-pusingan-kedua/



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.052627 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list