CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 17286|Reply: 0

[Tempatan] Pikap lari sekatan jalan, dua lelaki warga asing curi kabel ditahan

[Copy link]
Post time 23-1-2026 10:06 AM | Show all posts |Read mode
KOTA BELUD: Dua lelaki warga asing ditahan manakala beberapa rakan subahat mereka meloloskan diri dari sekatan jalan raya (SJR) Op Perdagangan selepas disyaki mencuri kabel elektrik di daerah ini, semalam.
Dalam operasi jam 10 pagi di Jalan Ranau Bypass, Kampung Rangalau, sebuah pikap Mitsubishi Triton dilihat dalam keadaan mencurigakan melarikan diri dari lokasi pemeriksaan.
Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain, berkata susulan itu pikap berkenaan dikejar hingga ke Kampung Bokilong.
"Dua lelaki warga asing berusia 25 dan 27 tahun ditahan manakala beberapa suspek lain dapat meloloskan diri ke hutan," katanya dihubungi hari ini.
Shahrudin berkata, menerusi pemeriksaan lanjut, polis menemui sejumlah kabel telekom yang dipotong di belakang kenderaan yang digunakan suspek.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.041342 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list