|
View: 21445|Reply: 1
|
[Tempatan]
Atlet Olimpik saman MBPJ, kerajaan Selangor larang pelihara anjing di kondo
[Copy link]
|
|
|
Atlet Olimpik saman MBPJ, kerajaan Selangor larang pelihara anjing di kondo
Januari 23, 2026 @ 3:30pm
Gambar hiasan
PETALING JAYA: Atlet Olimpik, Noraseela Khalid memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap kerajaan Selangor dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi mencabar larangan menyeluruh ke atas pemeliharaan anjing dalam pangsapuri.
Memetik laporan FMT, Noraseela dalam samannya berhujah, Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing (MBPJ) 2007 bercanggah undang-undang persekutuan termasuk Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Akta Pengurusan Strata.
Seksyen 8(2) undang-undang kecil itu melarang penduduk memelihara anjing di unit pangsapuri dalam kawasan MBPJ.
Noraseela yang mendiami sebuah kompleks kondominium di sini berkata, MBPJ tiada kuasa melaksanakan larangan menyeluruh itu.
Beliau mendakwa larangan itu melanggar hak pemilik haiwan peliharaan mengguna dan menikmati harta mereka sepenuhnya kerana tiada bukti menunjukkan anjing atau haiwan peliharaan lain mengganggu jiran.
Noraseela yang mewakili negara dalam acara 400 meter lari berpagar wanita di temasya Olimpik London 2012 memohon pengisytiharan mahkamah bahawa undang-undang kecil itu tidak sah dan tidak boleh dilaksanakan.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tak reti duduk kondo ke? klu anjing boleh
nape rimau tak bole?
badak sumbu
kuda belang
kanggaro
zirafah
ular sawa
anaconda bagai
semua pemilik pun berhak jaga dgn elok, tak ganggu jiran pun
bodoh punya org |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|