CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 26691|Reply: 0

[Pulau Pinang] Remaja maut, tujuh cedera kemalangan 8 motosikal di lebuh raya

[Copy link]
Post time 26-1-2026 02:18 AM | Show all posts |Read mode
Remaja maut, tujuh cedera kemalangan 8 motosikal di lebuh raya

BERNAMA




GAMBAR hiasan



Bukit Mertajam: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan membabitkan lapan motosikal di Kilometer 8.2 Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) arah Kulim awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 3.30 pagi yang berlaku di laluan kereta.

"Hasil siasatan awal mendapati kesemua lapan motosikal berkenaan sedang bergerak dari Seberang Jaya menghala ke Kulim.

"Setibanya di lokasi kejadian, sebuah motosikal dipercayai telah bergesel sesama sendiri menyebabkan penunggang hilang kawalan sebelum terbabas dan mengakibatkan motosikal lain berlanggar antara satu sama lain," katanya dalam kenyataan hari ini.

Helmi berkata, pelanggaran itu mengakibatkan seorang penunggang terjatuh ke bahu kiri jalan sebelum merempuh besi penghadang jalan yang memisahkan lorong motosikal dan lorong kereta.

Beliau berkata, mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian serta mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat.

"Tujuh lagi penunggang berusia antara 18 hingga 22 tahun dirawat di hospital sama selepas mengalami kecederaan di bahagian tangan dan kaki," katanya.

Helmi berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu atau membahayakan.

Disiarkan pada: Januari 25, 2026 @ 6:11pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1315267/remaja-maut-tujuh-cedera-kemalangan-8-motosikal-di-lebuh-raya







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.078061 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list