Edited by sfhzuraz at 26-1-2026 02:23 AM
Remaja parah jatuh dari tingkat 10 kondominium
Zuhainy Zulkiffli[email protected]

GAMBAR hiasan
Georgetown: Polis mengesahkan menerima laporan remaja perempuan berusia 15 tahun cedera parah selepas terjatuh dari tingkat 10 sebuah kondominium di Gelugor, di sini hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, kes itu masih dalam siasatan lanjut.
"Susulan itu, orang ramai diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan," katanya ketika dihubungi.
Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira 1 tengah hari dan remaja terbabit masih dirawat di hospital.
Disiarkan pada: Januari 25, 2026 @ 7:46pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1315283/remaja-parah-jatuh-dari-tingkat-10-kondominium
|