CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18008|Reply: 2

[Pulau Pinang] Belon dicucuk untuk keluarkan gas sebelum meletup - MBPP

[Copy link]
Post time 2-2-2026 08:56 PM | Show all posts |Read mode
Belon dicucuk untuk keluarkan gas sebelum meletup - MBPP

Siti Aminah Mohd Yusof[email protected]





DUA anggota MBPP cedera selepas belon yang disita dalam satu operasi penguatkuasaan penjaja haram meletup dan terbakar di Ibu Pejabat Bahagian Pelesenan MBPP di Jalan Union, malam tadi. FOTO ihsan pembaca




Georgetown: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menjelaskan insiden letupan belon berisi gas ringan yang mencederakan dua anggotanya di Lebuh Union malam tadi berlaku ketika pegawai penguat kuasa mencucuk belon untuk melepaskan gas bagi tujuan pelupusan.

Menurut MBPP, Jabatan Pelesenan sebelum itu menjalankan pemantauan penjaja tanpa lesen di Jalan Macalister, Jalan Utama dan Jalan Gottlieb, di sini, sejak Sabtu lalu dan mendapati terdapat aktiviti menjual belon berisi gas ringan tanpa lesen.

"MBPP mengeluarkan arahan lisan kepada pihak yang menjual belon untuk menghentikan aktiviti dan beredar dari kawasan terbabit.

"Bagaimanapun, pemerhatian pegawai penguat kuasa MBPP pada Sabtu dan seterusnya semalam mendapati ada segelintir penjaja mengingkari arahan itu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

MBPP berkata, berikutan itu, pegawai penguat kuasa merampas belon berserta peralatan di Jalan Gottlieb pada petang semalam dan membawanya balik ke pejabat Jabatan Pelesenan di Lebuh Union untuk dilupuskan pada jam 7.55 malam tadi.

Katanya, pegawai penguat kuasa MBPP tanpa kehadiran orang awam kemudiannya mencucuk belon untuk melepaskan gas di hadapan pejabat Jabatan Pelesenan sebelum ia meletup dan terbakar.

"Kejadian mengakibatkan kecederaan dua anggota penguat kuasa dengan seorang daripada mereka sedang mendapat rawatan di Hospital Pulau Pinang selepas melecur di kedua tangan dan sebelah muka sementara seorang lagi cedera ringan dan sedang berehat di rumah.

"Manakala bahagian belakang kenderaan MBPP turut terbakar berserta peralatan yang dirampas," katanya.

MBPP memaklumkan pihaknya sedang meneliti kaedah untuk mengelakkan perkara sedemikian berulang dan sudah membuat laporan kepada pihak bomba bagi mengenal pasti punca kejadian serta siasatan lanjut.



Disiarkan pada: Februari 2, 2026 @ 2:42pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1318190/belon-dicucuk-untuk-keluarkan-gas-sebelum-meletup-mbpp




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-2-2026 05:21 AM | Show all posts

Salah seorang penguat kuasa yang mengalami kecederaan dalam kejadian pada malam Ahad.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2026 05:21 AM | Show all posts

MBPP merampas barangan perniagaan warga asing berkenaan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.370586 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list