CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18716|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Russell sedia pacu Mercedes raih gelaran juara F1

[Copy link]
Post time 3-2-2026 01:45 AM | Show all posts |Read mode
Russell sedia pacu Mercedes raih gelaran juara F1

Februari 2, 2026 @ 10:39pm





Pemandu Mercedes, George Russell.AFP



LONDON: George Russell percaya dia sudah diberikan jentera yang bersedia untuk menang kejuaraan dunia ketika Mercedes akan memasuki era baharu Formula Satu sebagai pilihan meraih gelaran.

Di bawah kepimpinan Toto Wolff, Mercedes menang lapan kejuaraan pengeluar berturut-turut dan tujuh gelaran pemandu antara 2014 dan 2021.

Sejak Russell menyertai mereka pada 2022, mereka bergelut mengejar Red Bull dan McLaren.

Bagaimanapun, perubahan besar dalam peraturan teknikal musim baharu bermakna ia memberi permulaan untuk semua pasukan di petak perlumbaan.

Mercedes mencuri tumpuan minggu lalu pada sesi ujian pertama di Circuit de Catalunya dekat Barcelona apabila mencatat masa pantas serta ketahanan menyebabkan ramai mula memilih Russell untuk gelaran dunia pertamanya.

"Saya sudah bersedia untuk bertarung bagi merebut kejuaraan dunia, sama ada kami ada label sebagai pilihan atau tidak, ia tidak mengubah sedikitpun pendekatan saya," kata pemandu British itu pada pelancaran secara digital Mercedes, hari ini.

"Ada banyak perkara yang kami perlu belajar dengan cepat, tapi saya rasa boleh mengambil kelebihan daripadanya dan rasa yakin dengan diri sendiri dan dalam pasukan." - AFP

https://www.bharian.com.my/sukan/litar/2026/02/1504639/russell-sedia-pacu-mercedes-raih-gelaran-juara-f1





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.876281 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list