CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31564|Reply: 16

[Jenayah] Lelaki bakar rumah, dakwa abang ipar punca ‘keretakan’ rumah tangga

[Copy link]
Post time 4-2-2026 02:53 PM | Show all posts |Read mode
CHERAS – Berang abang iparnya didakwa masuk campur dalam urusan rumah tangga, seorang lelaki hilang kawalan sebelum bertindak membakar sebuah kediaman di PPR Desa Tun Razak, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira pukul 8.30 pagi daripada pengadu lelaki berusia 40 tahun yang bekerja sebagai penghantar makanan.

Beliau berkata, pengadu menerima panggilan daripada adik perempuannya yang memaklumkan suaminya berada di hadapan rumah untuk mengambil semula barangan miliknya.


“Semasa pengadu membuka pintu, suspek menjerit dan menuduh pengadu yang meruntuhkan rumah tangganya.

“Bagi mengelakkan pergaduhan, pengadu membenarkan suspek masuk mengambil barang manakala pengadu beredar ke hujung tangga blok. Tidak lama kemudian, jiran memaklumkan bahawa rumah pengadu terbakar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tidak sampai tiga jam selepas kejadian, Mohd Rosdi berkata berusia 34 tahun ditahan pada pukul 11.25 pagi oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras.

“Motif kejadian adalah disebabkan suspek tidak berpuas hati dengan pengadu yang merupakan abang kandung kepada isterinya yang dikatakan masuk campur dalam urusan rumah tangga sehingga suspek dan isterinya ingin bercerai,” katanya.

Beliau berkata, semakan lanjut juga mendapati, suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing adalah positif dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 436 dan 506 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2026 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes mental lagi ke
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 08:36 PM | Show all posts
Suspek duduk serumah dengan pengadu (abang ipar) ke acaner?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 08:40 PM | Show all posts
suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing adalah positif dadah.

boleh ke pergi balai cakap nk check background bakal suami/ isteri?
hujung2 kahwin dengan penjenayah
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang musim panas hari2, sifat manusia pun banyak jadi panas baran semua nak membakar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2026 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau penagih gitu, tak payah campur tangan keluarga pun mmg patut bini mintak cerai
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Masalah oo jika family member yg kawin penagih dadah kawen indonesia kawen penjenayah ada anak luar nikah bapak kawen indonesia sibling hutang ah long etc nak raya kumpul ramai2 dah x syok, zaman dulu2 mana ada macam ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2026 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mana dia bakar?tgk gmbar tu mcm bilik bhagian tepi
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 06:49 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 08:00 AM | Show all posts
slavehunter replied at 4-2-2026 08:44 PM
Sekarang musim panas hari2, sifat manusia pun banyak jadi panas baran semua nak membakar.

teingat filem u-wei, kaki bakar

tak ngam je, habis dibakornya





Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 08:02 AM | Show all posts
ninja boy replied at 5-2-2026 12:51 AM
Masalah oo jika family member yg kawin penagih dadah kawen indonesia kawen penjenayah ada anak luar  ...

cinta itu universal katanya

ape jgk bakcground, klu dh cinta, langgor je



Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 09:48 AM | Show all posts
gekkou replied at 4-2-2026 12:40 PM
boleh ke pergi balai cakap nk check background bakal suami/ isteri?
hujung2 kahwin dengan penjenaya ...

Iolls rasa mcm takleh sebab confidential antara polis dan family penjenayah/pelaku je. Cuma kalau chuolls ada kawan2 yg keje polis, boleh je minta tolong sebab iolls penah minta tolong. Pastu pakcik iolls pangkat besar kat Bukit Aman, kalau kami2 anak buah nak kawin, dia akan check background bakal spouse kami2. Maceh pakcik kuuu. Idokkk lerrr terkawin dgn penjenayah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 10:33 AM | Show all posts
Prickford replied at 5-2-2026 09:48 AM
Iolls rasa mcm takleh sebab confidential antara polis dan family penjenayah/pelaku je. Cuma kalau  ...

bagus
antara wali yg berfungsi
siasat latar blkg bakal suami pempuan2 dlm keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 02:55 PM | Show all posts
gekkou replied at 4-2-2026 08:40 PM
boleh ke pergi balai cakap nk check background bakal suami/ isteri?
hujung2 kahwin dengan penjenaya ...

penah dgr cite..zmn2 dlu mcm nie katanye..pegi cek dlu
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2026 03:43 PM | Show all posts
ni kira masuk kes bakar ni ada 6 lah kan, bebas lah lagilah lepas ni,
ke macam mana..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2026 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 5-2-2026 08:00 AM
teingat filem u-wei, kaki bakar

tak ngam je, habis dibakornya

Hehehe....banyak rumah lain kot tu senang jer bakar.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.890094 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list