CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10764|Reply: 69

(BINCANG) PERJANJIAN & DOKUMEN LAMA MALAYSIA 1791-1965

[Copy link]
Post time 6-7-2011 03:51 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by 7teen at 19-12-2011 15:54

Assalamualaikum , forumers!

Kali neyh saya nak bukak thread untuk bincang-bincang tentang Perjanjian dan Dokumen2 lama yang adik ambik dari sebuah buku..perjanjian neyh dalam dwibahasa..So,setiap post akan didahului dalam bahasa melayu sebelum diikuti bahasa Inggeris..

Harap otai2 sejarah sudi berbincang di sini yerk??


SELAMAT DATANG....
          PERJANJIAN DAN DOKUMEN LAMA MALAYSIA (1791-1965)




Dianggarkan terdapat lebih daripada 200 buah dokumen atau perjanjian yang melibatkan negeri-negeri Melayu di Semenanjung dalam hubungannya dengan British dari tahun 1786 hingga 1957.

Anggaran ini tidak termasuk dokumen yang berupalaporan pegawai British kepada Kerajaan India British sehingga tahun 1867 dan selepas itu Pejabat Jajahan di London dan warkah raja dan pembesar Melayu kepada British.

Sejumlah 100 naskhah warkah itu telah dibukukan..




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-7-2011 04:22 PM | Show all posts
Post Last Edit by 7teen at 6-7-2011 18:06

PERSETIAAN DENGAN SULTAN KEDAH , 1791



Pada 16 hari bulan Syaaban tahun Hijriah 1205, hari Ahad.

    Bahawasanya pada hari inti tulisan ini menunjukkan bahawa Gabenor Pulau Pinang ,wakil Syarikat Inggeris, telah mengikat Perjanjian keamanan dan persahabatan dengan Duli Yang Maha Mulia Baginda Yang di-Pertuan Kedah , dan semua Orang-orang Besar Baginda dan rakyat kedua-dua negeri , untuk hidup aman damai di laut dan di darat , supaya berkekalan selagi matahari dan bulan bercahaya : Perkara-perkara Perjanjian adalah seperti berikut :-

    Perkara I

    Syarikat Inggeris akan memberi Duli Yang Maha Mulia Baginda Yang di-Pertuan Kedah enam ribu Dolar Sepanyol setiap tahun , selagi Inggeris kekal memiliki Pulau Pinang.

    Perkara II

    Duli Yang Maha Mulia Baginda Yang di-Pertuan bersetuju bahawa segala jenis bekalan yang diperlukan untuk Pulau Pinang, kapal perang , dan kapal Syarikat , boleh dibeli di Kedah tanpa halangan atau dikenakan apa-apa cukai.

                                                                           
   Perkara III

   
Semua hamba yang lari dari Kedah ke Pulau Pinang , atau dari Pulau Pinang ke Kedah ,hendaklah dikembalikan kepada pemunya mereka.

    Perkara IV

    Semua orang berhutang yang lari daripada pemiutang mereka , dari Kedah ke Pulau Pinang , atau dari Pulai Pinang ke Kedah ,jika kerana tidak membayar hutang mereka itu, hendaklah diserahkan kepada pemiutang mereka.

    Perkara V

    Baginda Yang di=Pertuan tidak akan membenarkan orang Eropah dari mana-mana negara lain tinggal di mana-mana bahagian negeri baginda.

    Perkara VI

    Syarikat tidak akan menerima (melindungi) mana-mana orang yang melakukan penderhakaan besar atau pemberontakan terhadap Baginda Yang di-Pertuan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 08:39 PM | Show all posts
tapi hari ni cina2 di pulau pinang seperti mahu memilik mutlak pulau pinang untuk gantikan inggeris dari kerajaan melayu kedah...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 09:35 PM | Show all posts
sambung la lagi bang.......skang nih perjanjian2 nih valid lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 09:43 PM | Show all posts
Perkara III tu menarik perhatian aku
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2011 11:32 PM | Show all posts
sambung la lagi bang.......skang nih perjanjian2 nih valid lagi?
shahaizat Post at 6-7-2011 21:35


Oklah..nie sambungannya..




PERSETIAAN DENGAN SULTAN KEDAH, 1791



Perkara VII

Semua orang yang melakukan pembunuhan , yang lari dari Kedah ke Pulau Pinang , atau dari Pulau Pinang ke Kedah, akan ditangkap dan dipulangkan berbelenggu.

Perkara VII

Semua orang yang mencuri cap meterai (pemalsuan) akan diserah balik sedemikian juga

Perkara IX

Baginda Yang di-Pertuan tidak akan membekalkan apa-apa bekalan kepada semua orang yang menjadi musuh kepada Syarikat Inggeris.

                      Kesembilan-sembilan Perkara ini telah diselesaikan dan diikat , dan keamanan diwujudkan antara Baginda Yang di-Pertuan dengan Syarikat Inggeris.Kedah dan Pulau Pinang akan menjadi sebuah Negeri.

                     Persetiaan ini dibuat akan disempurnakan oleh Tunku Shariff Mohamad,Tunku Alang Ibrahim dan Dato Penggawa Talibon ,wakil-wakil bagi pihak Baginda Yang di-Pertuan , dan diberikan kepada Gabenor Pulau Pinang , wakil bagi Syarikat Inggeris.Dalam perjanjian ini, mana-mana pihak yang menyimpang daripada apa-apa yang tertulis dalam Perjanjian ini, Tuhan akan menghukum dan memusnahkannya :tidak akan ada padanya kesejahteraan dan kesihatan.

                      Meterai Shariff Mohamad dan Tunku Alang Ibrahim , dan Dato Penggawa Talibon , diperturunkan pada Perjanjian ini ,dengan tandatangan masing-masing.

Ditranskripsikan oleh Hakim Bunder, Pulau Pinang.

Ditandatangan,dimeterai dan disempurnakan di Kota Cornwallis , Pulau Pinang pada 1 hari bulan Mei tahun Masihi 1791.

                                                                                                                                                 (Tandatangan) F.LIGHT

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-7-2011 11:53 PM | Show all posts
TREATY WITH THE KING OF QUEDAH, 1791

In the Hegira of our Prophet , 1205,year Dalakir, on the 16th of Moon Saban, on the day Ahat.


Whereas, on this date, this writing showeth that the Governor of Pulo Penang , vakeel of the English Company,concluded peace and friendship with His Highness , lang de per Tuan of Quedah , and all his great officers and ryots of the two countries, to live in peace by sea and land, to continue as long as the Sun and Moon give light; the Articles of Agreements are :-


Article I


The English Company will give to His Highness , the lang de per Tuan of Quedah , six thousand Spanish Dollars every year, for as long as the English shall continue in possession of Pulo Penang.


Article II


His Highness the lang de per Tuan agrees that all kinds of provisions , wanted for Pulo Penang , the ships of war,and the Company's ships , may be bought at Quedah , without impediment, or being subject to any Duty.


Article III


All slaves running from Quedah to Pulo Penang , or from Pulo Penang to Quedah , shall be returned to their owners.


Article IV


All persons in debt running from their creditors , from Quedah to Pulo Penang , or from Pulo Penang to Quedah , if they do not pay theirs debts, their persons shall be delivered over to their creditors.


Article V


The lang de per Tuan will not allow Europeans of any other nation to settle to any part of his country.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2011 12:09 AM | Show all posts
TREATY WITH THE KING OF QUEDAH, 1791
Article VI

The Company shall not receive any persons committing high treason or rebellion against the lang de per Tuan.

Article VII

All persons committing murder , running drom Quedah to Pulo Penang , or from Pulo Penang to Quedah , shall be apprehended and returned in bonds.

Article VIII

All persons stealing chops (forgery) to be given up likewise.

Article IX

All persons , enemies to the English Company ,the lang de per Tuan shall not supply them with provisions.

           These nine Articles are settled and concluded , and peace is made between the lang de per Tuan and the English Company :Quedah and Pulo Penang shall be as one Country.

           This done and completed by Toonkoo Sheriff Mahomed,the Toonkoo Allang Ibrahim, and Datoo Penggawa Tilebone, vakeels , on the part of lang de per Tuan , and given to the Governor of Pulo Penang ,vakeel for the English Company.In this Agreement, whoever departs from any parts herein written, God will punish and destroy ; to him shall be no health.

           The seals of Sheriff Mahomed and Toonkoo Allang Ibrahim, and Datoo Pengawa Tilebone ; are put to this writing , with each person's hand writing.

            Transcribed by Hakim Bunder, Pulau Pinang.

             Signed, sealed and executed , in Fort Cornwallis, on Prince of Wale's Island,this 1st day of May, in the year of Our Lord 1791.


(Signed) F.LIGHT.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-7-2011 02:18 PM | Show all posts
PERSETIAAN DENGAN NANING , 1801

PERSETIAAN DENGAN NANING , 1801
PERSETIAAN YANG DIIKAT PADA 1801 OLEH RESIDEN BRITISH
DI MELAKA, LEFTENAN KOLONEL TAYLOR DENGAN PENGHULU NANING.

Perkara dan syarat yang diimlakkan oleh Leftenan Kolonel Aldwell Taylor , Gabenor dan Komandan Melaka , untuk dan bagi pihak Yang Mulia Gabenor Kota St.George dengan Raja Merah Kapitan Penghulu, dll..yang bernama Dol Said;dan Lela Hulubalang dan Maulana Hakim, yang bergelar Orang Kaya ;Kecil yang bergelar Musah; dan Menobonjon-kaya bergelar Konchil dan Maharaja Ankaia bergelar Sumuna ; dan Maulana Garang , Menteri dan Pembesar Naning dan kampung-kampung di sekililingnya yang dengan sesungguhnya telah menerima dan berikrar mematuhi Perkara-perkara berikut :-


Perkara I


Kapitan , atau Penghulu,Menteri, dan Pembesar-pembesar berjanji dan bersumpah atas nama dan bagi pihak seluruh masyarakat Naning , untuk taat setia kepada Yang Mulia Gabenor dalam Majlis di Kota Saint George yang tersebut di atas,dan demikian juga kepada Gabenor dan Komandan Bandar dan Kota ini,serta semua Komandan yang ada atau yang selepas ini dilantik di bawah mereka dan tambahan pula,mereka akan melakukan apa-apa sahaja dengan penuh taat setia kepada Pihak Berkuasa British , sebagaimana yang dikehendaki daripada rakyat yang taat setia, tanpa bersama-sama atau secara berasingan mencuba melakukan apa-apa langkah permusuhan terhadap Gabenor tersebut, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung ;dan Perkara-perkara berikut hendaklah dipatuhi dengan sesungguhnya dan dengan seketat-ketatnya , dan segala kontrak dan waad lain yang telah diluluskan dengan negara lain yang boleh memudaratkan British hendaklah dimansuhkan.


Perkara II


Jika mana-mana orang di Naning ,anak Minangkabau dan anak Melayu , melanggar kandungan Kontrak ini, atau ingkar kepada Gabenor atau Pegawainya, maka Penghulu dan Pembesar hendaklah, apabila diminta oleh Gabenor , menyerahkan mereka bagi dihukum sebagaimana sepatutnya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2011 02:40 PM | Show all posts
kalau sebut pasal Kedah abad ke-17 M, Kedah bukan hak milik Malaysia lagi. Kedah cuma Kesultanan Kedah saja sama la macam mana-mana kesultanan bebas dalam dunia. lepas 1948 baru Kesultanan Kedah "dipersekutukan" dengan Persekutuan Tanah Melayu. Negeri lain macam sebelah Pantai Timur x tahu cerita pulak. Kalau dokumen dema ada sila tepet sekali lah untuk tatapan. Malaysia wujud lepas Sabah n Serawak sebelah Borneo sana "pilih" nak bergabung dnegan Persekutuan Tanah Melayu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2011 02:44 PM | Show all posts
kalau sebut pasal Kedah abad ke-17 M, Kedah bukan hak milik Malaysia lagi. Kedah cuma Kesultanan Ked ...
genot Post at 7-7-2011 14:40


Terima kasih atas pendapatnya..Yup,Insya-Allah adik akan tepekkan..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2011 03:50 PM | Show all posts
winamp kasi credits banyak skit kat TT....
topik ni menarik, tq
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2011 08:21 PM | Show all posts
PERSETIAAN DENGAN NANING , 1801

PERSETIAAN DENGAN NANING , 1801
PERSETIAAN YANG DIIKAT PADA 1801 ...
7teen Post at 7-7-2011 14:18



Perkara III


Penghulu , Pembesar dan penduduk Naning keturunan Minangkabau , dan juga Melayu ,adalah terikat untuk menyerahkan satu per sepuluh daripada hasil padi dan segala buah-buahan mereka kepada Syarikat Hindia Timur , tetapi memandangkan keadaan mereka yang miskin, Syarikat tersebut telah memutuskan bahawa Penghulu hendaklah datang sendiri , setiap tahun , atau mengarahkan salah seorang pembesarnya supaya datang ke Melaka , bagi memberi penghormatan kepada Syarikat ,dan, sebagai tanda taat setia mereka , mereka hendaklah menghadiahkan Syarikat tuaian pertama mereka sebanyak setengah koyan padi (400 gantang)


Perkara IV


Penduduk Naning , apabila meninggalkan negeri mereka untuk ke Melaka , hendaklah menyerahkan kepada Syahbandar kebenaran bertulis daripada Penghulu , yang ditandatangan dan dicapmeterainya ; dan begitu juga semua orang yang ingin meninggalkan Melaka untuk ke Naning , diarahkan supaya menunjukkan dokumen serupa kepada pihak berkuasa di sana , yang ditandatangani (atas perintah Kerajaan) oleh Syahbandar : jika tidak , kedua-dua pihak wajib menghantar balik orang yang berkenaan itu ; tetapi apabila ditunjukkan Perakuan yang dikehendaki , mereka akan dibenarkan tinggal di Naning dan di kampung-kampung bersebelahan dan mencari nafkah dengan bercucuk tanam seperti menanam sirih , dll...dengan syarat mereka berpegang teguh dan mematuhi adat resam tempat itu sebagaimana yang diamalkan penduduk lain.

   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2011 08:34 PM | Show all posts
Perkara III


Penghulu , Pembesar dan penduduk Naning keturunan Minangkabau , dan juga Mela ...
7teen Post at 7-7-2011 20:21




Perkara V

Penghulu dan Pembesar berjanji bahawa semua bijih timah yang dibawa dari Sri Menanti, Sungai Ujong, Rembau ,dan tempat-tempat lain di daerah-daerah itu ke Naning , hendaklah dengan serta-merta dihantar dan diserahkan kepada Syarikat , di mana mereka akan menerima sebanyak 44 Dolar Rix tunai, dibayar dengan wang Rupee Surat , bagi setiap bahara 300 kati.

Perkara VI

Mereka juga berjanji menyerahkan lada Naning dan lada daerah-daerah bersebelahan kepada Syarikat , jika apa-apa jumlah yang banyak diperlukan , dengan dibayar harga 12 Dolar Rix sebahara.

Perkara VII

Penghulu, Pembesar dan penduduk Naning tidak dibenarkan merunding (jualan) atau berdagang dengan mana-mana negeri pedalaman , tetapi hendaklah membawa barang-barang mereka menghilir Sungai Melaka , dengan menggunakannya, tanpa apa-apa jua alasan untuk menggunakan mana-mana laluan atau cara pengangkutan lain, dan mereka juga tidak boleh mengadakan apa-apa perhubungan dengan mana-mana negeri pedalaman di Sungai Penajis, jika tidak nyawa mereka akan melayang dan harta benda mereka dirampas.
   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2011 08:47 PM | Show all posts
PERSETIAAN DENGAN NANING , 1801
Perkara VIII

Penghulu dan Pembesar berjanji , atas nama Masyarakat Naning , bahawa bilamana Pembesar Yang Memerintah berundur daripada memerintah , atau apa-apa geruh menimpa mereka, Penghulu dan Pembesar hendaklah dalam keadaan sedemikian mencadangkan salah seorang daripada anggota keluarga mereka yang terdekat dan paling berkelayakan , kepada Gabenor Melaka, bagi menjadi penggantinya ; tetapi mereka tidaklah boleh mengharapkan cadangan itu akan sentiasa dipersetujui Gabenor ; sebaliknya adalah menjadi pilihan Gabenor melantik sesiapa yang difikirkannya patut dilantik.

Perkara IX

Mana-mana hamba sama ada kepunyaan Syarikat Yang Mulia , atau kepunyaan penduduk Melaka , yang mencari perlindungan di Naning , atau di kampung-kampung atau di tempat-tempat di sekelilingnya , maka Penghulu , Pembesar dan penduduk (tiada sesiapa pun yang dikecualikan) adalah terikat bagi menangkap dan menghantar ke Pekan orang pelarian itu dengan serta-merta , (atau) orang pelarian itu boleh diserahkan kepada tuan mereka dan tuntutan sebanyak 10 Dollar Rix, tidak lebih daripada itu, boleh dituntut daripada tuannya sebagai hadiah.

Perkara X

Mana-mana hamba lelaki dan perempuan yang dipujuk lari dari Naning ke Melaka, bagi memeluk agama Kristian , maka tuan punya hamba itu akan menerima ganti rugi sebanyak separuh daripada harga hamba itu,mengikut penilaian Jawatankuasa yang akan dilantik Kerajaan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2011 09:01 PM | Show all posts
PERSETIAAN DENGAN NANING , 1801
Perkara VIII

Penghulu dan Pembesar berjanji , atas nama Masyarak ...
7teen Post at 7-7-2011 20:47



Perkara XI


Tetapi (jika) mana-mana orang menjual mana-mana hamba beragam Kristian atau orang biasa dari melaka kepada orang Islam atau orang Pagan , sama ada dengan kerelaaan mereka sendiri atau digoda ataupun dilarikan secara paksa daripada tuan mereka , lebih-lebih lagi mereka yang menggoda hamba Kristian atau orang biasa supaya berkhatan atau menggunakan kekerasan bagi mempengaruhi mereka menjadi orang Islam , nyawa mereka akan melayang dan harta benda mereka dirampas.


Perkara XII


Dan bahawa kandungan Perkara tersebut hendaklah dipatuhi tanpa boleh dilanggar , dan Penghulu serta Pembesar berjanji dan bersumpah atas nama seluruh masyarakat , bahawa mereka akan serta-merta memulangkan dan menyerahkan kepada Yang Mulia Gabenor semua hamba yang lari yang berada di Naning atau di tempat-tempat lain.

   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2011 09:12 PM | Show all posts
perjanjian naning nampak sangat menindas.....paling x adil perkara X,XI dan XII...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2011 09:14 PM | Show all posts
Perkara XI


Tetapi (jika) mana-mana orang menjual mana-mana hamba beragam Kristian atau or ...
7teen Post at 7-7-2011 21:01



Perkara XIII

Akhir sekali, Penghulu dan Pembesar berjanji dan bersumpah dengan menggunakan al-Quran , atas nama masyarakat Naning , bahawa mereka akan mematuhi dengan sesungguhnya segala perintah yang ditetapkan dalam Perkara-perkara ini , dan mengikat diri mereka bagi menyerahkan mana-mana pencabul perintah tersebut kepada Syarikat Hindia Timur , supaya hukuman boleh dikenakan ke atas orang itu.

      Bagi menyempurnakan segala yang dijanjikan dan dipersetujui dalam Perjanjian ini , maka saya dengan ini menurunkan tandatangan saya.

      Dibuat dan diikrarkan di bandar dan Kota Melaka pada 16 hari bulan Julai 1801.


                                                                                                                         (Tandatangan)A.TAYLOR.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2011 09:16 PM | Show all posts
Reply 17# shahaizat

Yupp,mungkin kerana itulah Penghulu Dol Said amat-amat tidak berpuas hati dan tidak mahu menerimanya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2011 09:24 PM | Show all posts
Perkara XIII

Akhir sekali, Penghulu dan Pembesar berjanji dan bersumpah dengan menggunakan  ...
7teen Post at 7-7-2011 21:14



IKRAR PENGHULU DAN PEMBESAR NANING

Kami , kapitan atau Penghulu dan Pembesar-pembesar , berjanji dan bersumpah bagi pihak diri kami dan juga bagi pihak masyarakat Naning , akan sentiasa taat setia kepada Gabenor dalam Majlis Kota Saint George ,Gabenor dan Komandan Melaka, serta semua Komander yang dilantik atau yang akan dilantik di bawah mereka selepas ini, dan selanjutnya akan menepati masa bagi memenuhi segala perintah dan arahan yang dikeluarkan atau yang akan dikeluarkan selepas ini , dan akan berkelakuan sewajarnya terhadap Syarikat Hindia Timur pada masa hadapan , mengikut cara sebagaimana yang dikehendaki daripada rakyat dan vasal yang taat setia.



          Ditandatangani oleh DOL SAID, BILAL MOREN, KANJUN,SAMEON,DAN MAULANA GUNAN.  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.074506 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list