|
Terpaksa saksi final Copa dari tempat duduk penonton\rASUNCION: Jurulatih Paraguay, Gerardo Martino akan hanya menyaksikan final Copa America dari tempat duduk penonton kerana digantung dua perlawanan ekoran pergaduhan pada separuh akhir ketika pasukannya mencatat kemenangan ke atas Venezuela. \r\n\n\n\n\r Kedua-dua pasukan juga didenda AS$10,000 (RM29,750) akibat pergaduhan itu yang berlaku selepas pertahanan Paraguay Dario Veron menjaringkan sepakan penalti kemenangan yang membawa pasukannya ke pentas final esok menentang Uruguay di Buenos Aires. \r\r\n\n\n\n\n Persekutuan Bola sepak Amerika Selatan (CSF) dalam laman web (www.conmebol.com), menyatakan Martino yang bertikam lidah dengan jurulatih Venezuela Cesar Farias diarah ke tempat duduk penonton ketika perlawanan itu kerana membantah keputusan pengadil, dikenakan hukuman dua perlawanan. Penolongnya Jorge Pautasso digantung untuk final itu.\rKedua-dua pasukan diberi amaran akan dikenakan tindakan tegas jika kejadian serupa berulang di masa depan tetapi tiada seorang pun pemain yang terbabit dalam pergaduhan itu dikenakan tindakan. \rSementara itu, Venezuela menanam azam tinggi untuk memenangi gangsa pada penentuan tempat ketiga hari ini menentang Peru, pada ketika mereka percaya seharusnya mereka yang beraksi pada final menentang Uruguay.\rJurulatih Cesar Farias dan anak buahnya bersemangat tinggi untuk menewaskan Peru, lebih-lebih lagi Presiden Hugo Chavez memuji dan memberi kata-kata semangat melalui Twitter. - Reuters
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|