CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 128|Reply: 0

Chong Wei sedia ‘takluk’ dunia

[Copy link]
Post time 26-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Undian Kejohanan Dunia beri bayangan jaguh negara bakal rentap Lin DanLEE Chong Wei dijangka berentap dengan musuh tradisi, Lin Dan bagi memburu mahkota kejuaraan Kejohanan Badminton Dunia yang bakal diadakan di London bermula 8 sehingga 14 Ogos ini.Dalam undian oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), semalam, pemain nombor satu dunia itu akan membuka cabaran di Wembley Indoor Arena menentang pemain Thailand, T Saensomboonsuk di pusingan pertama.\n\n\n\n  Apapun,  cabaran getir bagi Chong Wei dijangka bermula pada pusingan ketiga apabila dia dijangka menentang pilihan kesembilan kejohanan, Park Sung Hwan dari Korea dan andai melepasi halangan itu satu lagi nama besar, Chen Long dari China bakal menunggunya.\n\n\n\n\n   Berpandu kepada status dunia, pemain negara mampu meniti ranjau itu dan mungkin bertemu bintang Indonesia, Taufik Hidayat (pilihan ke-4) atau Chen Jin (pilihan ke-6) dari China dalam separuh akhir nanti.Apapun, ketua jurulatih perseorangan, Rashid Sidek tetap menganggap undian kali ini satu tugasan getir harus dilalui jaguh negara.“Jika Chong Wei berhempas pulas menang di pusingan awal dan terpaksa bermain diset  penentuan , itu boleh menjejaskan prestasinya pada perlawanan seterusnya sehingga ke final.“Undian ini masih sukar kerana ada pemain China yang sedikit sebanyak boleh memberi tentangan sengit kepada Chong Wei walaupun dia boleh menang ke atas pemain berkenaan,” katanya ketika ditemui di majlis undian kejohanan itu, di Hotel Park Royal, semalam.\n\n\n\nRashid berkata pemain perseorangan negara itu  harus lebih fokus satu persatu lawan dan jangan terus fokus ke arah final. “Apa yang penting apabila sudah melepasi pusingan pertama... pusingan kedua. Jadi, perlawanan seterusnya akan lebih baik,” katanya yang menganggap kejohanan dunia kali ini medan terbaik untuk Chong Wei muncul pemain pertama negara memenangi gelaran.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.049544 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list