View: 137|Reply: 0
|
Hadiah IJO meningkat RM6.104j
[Copy link]
|
|
KEJOHANAN Golf Terbuka Iskandar Johor (IJO) 2011 mencatat sejarah tersendiri apabila hadiah kemenangan meningkat mencecah AS$2 juta (RM6.104 juta) apabila saingan bermula di Kelab Golf Horizon Hills pada 17 hingga 20 November ini.\rBintang Ireland, Padraig Harrington sah akan hadir mempertahankan mahkota kejuaraan bagi edisi kali ini yang mendapat pengiktirafan Jelajah Eropah serta bakal disertai 156 pemain.\r\n\n\n\n\r Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman turut berbangga dengan pengiktirafan itu dan menganggap betapa kejohanan yang masuk ke edisi kelima adalah satu kebanggaan bagi rakyat Johor.\r\r\n\n\n\n\n Katanya, peningkatan hadiah wang pasti menggamit lebih ramai pemain golf bertaraf profesional beraksi di kejohanan itu tatkala hadiah selaku juara mencecah AS$317,000 (RM954,000). \r“Sejak kejohanan itu diperkenalkan, ramai pemain profesional beraksi dan saya jangkakan saingan pasti sengit untuk Padraig kali ini,” katanya, semalam.\rKejohanan itu turut menjadi salah satu tiket untuk memburu slot ke saingan ‘Race to Dubai’ iaitu Kejohanan Golf Dunia di Dubai yang menawarkan hadiah kejuaraan AS$1.5 juta (RM4.6 juta).\rAbdul Ghani juga berharap Artemio Murakami (juara pertama kejohanan) serta Retief Goosen dan K J Choi akan beraksi pada kejohanan berprestij di Malaysia itu.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|