|
AKRON, Ohio: Kemunculan semula Tiger Woods di kejohanan Jemputan Bridgestone minggu ini pasti menarik tumpuan dan juara bertahan, Hunter Mahan adalah antara yang tertanya-tanya apakah yang mampu dipamerkan bekas golf pemain nombor satu dunia itu.\r“Dia membuatkan kami sering tertanya-tanya, dan dia sering membuktikan kami silap,” kata Mahan mengenai Woods, yang akan tampil beraksi dalam pertandingan selepas 11 minggu berehat untuk memastikan kecederaan lutut kirinya kembali pulih.\r\n\n\n\n\r “Tetapi keraguan sebenar yang bermain di fikiran kami ialah sejauh mana dia cergas. Siapa tahu? Saya tidak tahu. Saya tidak fikir semua orang tahu kecuali dirinya dan doktor.”\r\r\n\n\n\n\n Malah, Woods berkata, dia tidak tahu dengan tepat apa yang bakal berlaku padanya dalam Kejohanan Golf Dunia elit - sama ada prestasi dan kesihatannya mampu membantunya mengulangi kejayaan meraih tujuh kejuaraan di Firestone, atau dia akan menjadi pemain yang tersingkir dalam Kejuaraan Pemain seperti Mei lalu.\r“Saya masih belum berada dalam persekitaran pertandingan kompetitif, jadi suasana itu sudah tentu berbeza sama sekali,” kata Woods, yang belum memenangi sebarang kejuaraan sejak 22 bulan.\rBagi mendapatkan semula rentak selepas lama tidak beraksi, Woods tidak lagi menggunakan khidmat kedi Steve Williams, yang dipecat bulan lalu.\rBryon Bell, rakannya pada zaman kanak-kanak, akan menggalas beg juara 14 kali kejohanan utama itu.\r\n\n\n\n\rWoods menegaskan seperti selalu, dia berharap akan menang. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|