View: 2078|Reply: 8
|
Pesawat mendarat kerana kelawar dalam pesawat..
[Copy link]
|
|
MADISON - Sebuah pesawat penumpang yang dalam perjalanan ke Atlanta terpaksa berpatah balik ke Madison pada Jumaat lalu kerana seekor kelawar berterbangan di dalam kabin penumpang, lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang penumpang merakamkan gambar kelawar itu dengan menggunakan telefon bimbit.
Rakaman itu kemudian disiarkan di iReport yang merupakan forum stesen televisyen CNN untuk anggota-anggotanya menyiarkan berita mereka sendiri.
Penumpang lelaki yang merakamkan imej itu menyatakan dia terjaga kerana jeritan penumpang lain.
Selepas terjaga, katanya, dia melihat seekor kelawar berterbangan di atas kepalanya.
Kelawar itu terbang beberapa kali sebelum ia terperangkap di dalam tandas belakang pesawat.
Pesawat itu kemudian dibenarkan terbang selepas satu pemeriksaan dilakukan.
Menurut seorang jurucakap syarikat penerbangan pesawat itu, Jarek Beem, pihaknya tidak dapat memastikan sama ada haiwan itu ialah burung atau kelawar. - Agensi
P/S: kelawar pon nak naik kapal kowt....
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kelawar kan leh terbang... wat dia nak naik kapal terbang
malas betul kelawar ni nak terbang |
|
|
|
|
|
|
|
darahkula tersangkut tetiba dalam flight? |
|
|
|
|
|
|
|
x dapat pastikan kelawar atau burung? x kn kelawar pun x kenai |
|
|
|
|
|
|
|
kelawar punnnnn nk merasa naik kapalterbang gak |
|
|
|
|
|
|
|
tu la naik free lagi.. dh kena halau hehehehe |
|
|
|
|
|
|
| |
|