CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 135|Reply: 0

Proses terbaik pencarian ilmu

[Copy link]
Post time 5-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Mendekati Tuhan, proses pencarian ilmu diberkati\rSEKALI lagi rutin tahunan bermula seperti biasa. Cuti persekolahan yang panjang sudah menutup tirainya. Seiring tahun baru, sesi persekolahan baru juga bermula. Ia tentunya menimbulkan debaran kepada ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah, terutama murid Tahun Satu.\r\n\n\n\n\r  Bukan saja anak  menangis, malah ibu bapa juga ada yang mengalirkan air mata melihat anak yang tidak yakin untuk ditinggalkan bersama teman baru dan guru. Inilah panorama diperhati kala awal tahun menjengah.\r\r\n\n\n\n\n  Walaupun pendidikan pertama bermula dari rumah, ia tidak berlanjutan begitu kerana sistem pendidikan rasmi di negara ini menjadualkan setiap orang wajib bersekolah apabila berusia tujuh tahun. \rWaktu berkualiti yang sedikit ketika berada di rumah tentulah tidak mengizinkan proses pembelajaran berlaku dengan sempurna. Tambahan pula ramai ibu bapa yang mempunyai komitmen kepada kerjaya demi agama, bangsa dan negara.\rLantas pengorbanan guru di sekolah atau pusat pendidikan lainnya diharapkan mentarbiah anak mereka sebaik mungkin, sehingga berjaya dan cemerlang. \rSetiap pelajar mengharapkan diri mereka berjaya, malangnya ada yang tidak menyedari bagaimana cara untuk mencapai cita-cita. Segelintir menyerahkan  bulat-bulat kepada guru untuk dibimbing serta dididik menjadi orang berguna.\r\n\n\n\rApabila mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, ibu bapa paling gembira dan mendabik dada sehingga terlupa bagaimana anak mereka dicanai hingga berjaya. \rSelepas meninggalkan alam persekolahan, tiada lagi guru untuk membimbing dan anak membawa haluan sendiri, mencorak masa depan sesedap hati, sehingga akhirnya mempertaruhkan ilmu dicari.\rNamun, ramai juga ibu bapa menyedari pentingnya perhatian dan keprihatinan terhadap anak dengan membantu guru memperkasakan sekolah serta persatuan, mengambil tahu kegiatan atau aktiviti anak selain tidak lokek masa untuk menjenguk anak di sekolah. \rTentulah anak berasa bangga dan berbesar hati dengan perhatian diberikan ibu bapa, lalu menaruh cita-cita untuk membuktikan kemampuan diri kepada semua, berbaloi dengan apa yang dilakukan ibu bapa terhadap mereka.\rPusat tarbiah insan ini tentunya tidak sama dengan tempat lain, yang mungkin infrastrukturnya sama, organisasinya hampir sama, pentadbirannya juga tidak jauh berbeza tetapi hasil dikeluarkan tidak sama.\rSekolah melahirkan manusia terdidik dan berilmu, tidak seperti kilang pengeluaran yang menitikberatkan penghasilan menepati piawaian  yang boleh diukur dengan standard kualiti zahirnya, iaitu mesti tiada cacat cela sehingga dikategorikan sebagai kualiti kelas kedua. \rAllah SWT berfirman yang bermaksud: “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang dari segala perkara yang buruk dan keji, serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benarnya).” (Surah Ali-Imran, ayat 110) \rManusia tidak boleh diukur melalui fizikal mereka yang sama untuk menentukan kualiti. Cacat cela zahirnya pula tidak mengesahkan mereka bodoh dan tidak berakhlak. Itulah susahnya menjadi pendidik yang perkasa kerana mereka mesti melahirkan manusia mempunyai mental dan peribadi berkualiti tinggi.\rFirman Allah yang bermaksud: “Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang menjadikan sekalian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya.” (Surah al-Alaq, ayat 1-5) \rJelaslah dalam konteks manusiawi, pendidikan bermula daripada proses penerokaan (menggunakan akal) yang perlu disertai dengan asas agama kukuh. Antaranya, memulakan proses pencarian ilmu dengan menyebut nama Allah untuk mendapatkan keredaan dan keberkatan-Nya. \rOrang yang mencari ilmu atau melakukan apa juga perbuatan, jika dimulakan dengan nama Allah SWT, insya-Allah akan dapat mengelak terpesong daripada matlamat sebenar mereka. \rKesedaran ibu bapa memulakan pendidikan anak pada peringkat awal dengan mengenalkan mereka kepada Yang Maha Mencipta adalah sebaik-baik cara. Justeru, kefarduan itu perlu dimulakan dengan sempurna mungkin supaya diberkati Allah SWT.\rGuru yang bakal meneruskan tarbiah kepada anak terdidik dengan permulaan baik tentunya tidak mempunyai masalah kerana cabaran kehidupan dan sosial yang semakin meruntun tidak akan menggugat peribadi serta sikap yang baik. \rTambahan pula, mencari ilmu adalah tuntutan besar agama kerana ia aset dan bekalan kepada setiap individu dalam mengharungi kehidupan penuh liku.  \rPenulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang,  Universiti Sains Islam Malaysia, kini melanjutkan pelajaran di United Kingdom

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.156547 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list