CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 293|Reply: 0

Amalan ikhlas perkukuh iman dalam jiwa Muslim

[Copy link]
Post time 9-1-2012 03:05 PM | Show all posts |Read mode
SETIAP amalan baik yang dilakukan seseorang Muslim di dunia ini akan mendapat balasan setimpal di akhirat kelak. Berpandukan al-Quran, segala amalan dan kewajipan telah dijelaskan kepada manusia supaya beriman dan beramal kepada Allah SWT.\rMelakukan amalan baik bermula daripada percakapan dan perbuatan. Seperti kata ahli tasauf, Ibrahim bin Adham, kami perbaiki bahasa kami, maka kami tidak akan mengalami kesalahan dalam bertindak dan jika perbuatan kami salah kami perbaiki. \r\n\n\n\n\r  Sesungguhnya, segala kemewahan, kenikmatan, kemegahan yang ada di dunia ini jika tidak dimanfaatkan sebaiknya tidak boleh membantu kita kepada jalan Allah. Tiap nikmat kesenangan dunia, pasti akan rosak dan lenyap. \r\r\n\n\n\n\n  Allah SWT mengingatkan dalam firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertakwa kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya.” (Surah Ali-Imran, ayat 102) \rKetakwaan bermaksud ketaatan mengerjakan perintah Allah dengan mengerjakan amalan solat lima waktu, solat sunat, mengeluarkan zakat, berpuasa bulan Ramadan dan berpuasa sunat, menunaikan haji, umrah serta amalan lain seperti bersedekah.\rAllah berfirman yang bermaksud: “Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu maka Allah dan Rasul-Nya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah), Yang Mengetahui perkara ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Surah At-Taubah, ayat 105)\rAyat ini jelas membuktikan amalan baik dilakukan dengan penuh keimanan akan mendapat balasan pahala di akhirat nanti. Beriman kepada Allah SWT, tauhid dan penghambaan diri dengan tidak menyekutukan-Nya akan mengukuhkan keimanan dalam jiwa setiap Muslim.\r\n\n\n\rBerkaitan syurga pula, daripada Jabir, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kunci syurga adalah solat dan kunci solat itu adalah wuduk.” (Hadis riwayat Tirmidzi dan Ahmad). Sesungguhnya, solat itu amalan yang utama kepada umat Islam selain daripada amalan lain. \rDaripada Abdullah bin ‘Amar, beliau bertanya Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah! Apakah keuntungan majlis zikir itu? Baginda menjawab: Keuntungan majlis zikir itu adalah syurga, syurga.” (Hadis riwayat Ahmad) \rDiriwayatkan dari Tasuban, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang mati dalam keadaan bebas dari tiga perkara yakni kesombongan, dendam dan hutang, nescaya dia akan masuk ke syurga.” (Hadis riwayat Tirmidzi dan Syaibani) \rSifat sombong, menyimpan dendam dan berhutang patut dielakkan oleh umat Islam. Perbuatan ini jika diamalkan akan menyebabkan seseorang itu menjurus kepada sesuatu tidak baik. Amalan baik dilakukan secara berterusan sangat digalakkan Islam. \rOleh itu, lakukan segala amalan yang baik dalam kehidupan ini bagi mendapat keredaan Allah SWT.\rSifat baik dan amalan mulia dilakukan serta diterima Allah SWT akan membawa ke syurga. Jadikan keimanan dan ketakwaan dalam setiap amalan kepada Allah SWT untuk menuju ke syurga-Nya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.458572 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list