Penyanyi 'superstar' lagu-lagu dakwah, Sami Yusuf, bukan sahaja akan memulakan konsert sulung Asia Tenggara beliau di Singapura, malah beliau akan melancarkan album keempatnya juga di Singapura.
Konsert di Singapura itu nampaknya lebih istimewa, kerana ia juga bakal menampilkan buat pertama kalinya, gandingan duet lagu Melayu antara Sami Yusuf dengan diva Malaysia, Dato Siti Nurhaliza.
Sami Yusuf akan mendapatkan khidmat pemukul gendang Melayu terkenal Ramli Rebana dalam pembikinan lagu duet baru dengan Siti Nurhaliza nanti. Tiket bagi konsert Salaam Sami Yusuf pula akan mula dijual pada 1 Mei ini. Konsert Salaam di Malaysia pula akan berlangsung pada 14 Julai di Stadium Melawati, Shah Alam.
saya lebih suka Sami Yusuf kerana lagu2nya ada nilai2 yang lebih universal. tapi Maher Zain lebih dekat dengan orang muda. apa pon kedua-duanya ada kekuatan sendiri.
sebenarnya saya tak best sangat SY duet ngan siti. coz tak minat sangat ngan Tok ti. tapi sebagai orang malaysia dan melayu saya tetap berbangga dengan tok ti. lagipon Sami yusuf lebih kepada suara humanity so nak tarik pendengar mestilah kena ada unsur2 komersial.
sami yusuf ni asalnya dr Azerbaijan..then parent pindah ke UK sejak dia kecik lg...so membesar di UK. Dia lg dlu top drp Maher Zain. Cuma org M'sia takle masuk muzik dia bndg Maher kot...dia sbnrnya yg naikkan lagu2 pop dakwah ni...Maher tu kira untungla muncul2 je lagu2 dakwah pop dah diterima...
dia ni byk sumbg utk palestin jugak...n lebih popular kat europe bndg asia....
dia takde darah british pon...mak bapak asal Azerbaijan...move to Tehran, Iran pastu pindah lg ke UK. Bersekolah, masuk u semua kat UK...sebab tu kot org salah anggap dia ni British...