BAB 1
Air mataku mulamenuruni lekuk pipi. Lelaki itu melirikku tajam sebelum merebahkan tubuh keatas katil. Permainan dunia yang begitu kejam!
“Tak payahlah kaumenangis. Buang masa saja.”
Aku mengetap bibir.Terdetik di hatiku, tidakkah lelaki ini mempunyai sedikit belas kasihan dihatinya. Aku memeluk tubuhku.
“Kau pekak ke? Aku cakap, jangan menangis!” Bentaknya lalu mendekatiku. Hujung daguku dipautnyadan memaksaku memandang mata beningnya.
Tiada aksara meniti keluar dari bibirnya. Hanya pandangan yang begitu tajam serta nafas yangtersekat-sekat menahan amarah. Pipinya kemerah-merahan. Rambutnya kusut-masai.T-shirt yang dipakai tadi sudah hilang dicampak entah ke mana melihatkandadanya yang sasa.
Sesaat demi sesaat berlalu. Dia masih memandangku. Pautannya pada hujung daguku dikejapkan.Untaian hanya yang tadinya menemani tubir mataku sudah kering. Esakankuterhenti begitu saja. Hatiku kecut. Takut melihat lelaki ini berang.
“Encik, lepaskan saya,” tuturku perlahan.Lelaki itu membulatkan matanya.
“Bertahun-tahun akucari kau. Nampaknya sekarang kau dah berubah. Dulu, kau takkan pernah menangiskalau aku sentuh kau. Kalau aku berkasar dengan kau. Sekarang, aku jerit sikit,kau dah menangis. Kenapa kau berubah Wafi Yasmina? Kenapa?” Suaranya penuhsesal. Aku buntu dan keliru. Siapakah lelaki ini dan kenapa dia berkatasedemikian rupa?
Selepas aku cubamasuk ke dalam Kelisaku, dia menarikku masuk ke dalam Porshe Cayenne miliknyadan membawaku ke sebuah banglo. Lalu aku diheret masuk ke dalam sebuah bilik.Aku tak mampu melawan kerana kekuatanku amat sedikit jika dibandingkan kekuatanlelaki ini.
Dia tahu namaku.Sebaris nama milikku terpahat kukuh di fikirannya namun aku pasti aku tidakkenal lelaki ini. Aku terlalu pasti!
“Encik, saya takkenal encik. Saya rasa encik salah orang,” ujarku tenang.
“Jangan berpura-puratak kenal aku. Cukuplah! Kau tak boleh tipu aku.”
“Saya memang takkenal encik. Memang tak kenal.”
Lelaki itumengukirkan senyuman sinis.
“Wafi Yasmina.Sampai bila kau nak berdalih? Sampai bila?”
Aku menghela nafaslemah. Dahiku aku tekan perlahan. Lelaki itu masih merenungku. Bibirkemerah-merahan itu melemparkan senyuman sinis. Pautan pada daguku dilepaskankemudian dia menarikku ke balkoni dan tubuhku ditolak kasar ke dinding.
Jari-jemarinyadiletakkan pada pagar balkoni. Kemudian aku dipandang sekilas. Nafasnya tidakteratur.
Sesaat kemudian, diaduduk. Rambutnya diramas kasar.
“Kau memang takkenal aku?” Soalnya lagi.
Aku menggeleng.Pecah ketawa lelaki itu.
“Takkan kau takkenal aku wahai Wafi Yasmina?”
“Saya memang takkenal encik!” Tekanku keras.
Lelaki itu bingkasbangun lalu mendekatkan bibirnya di cuping telingaku.
“Aku, Ungku Nafi’Jihadi.”
Jantungku berdetaklaju. Darahku berderau. Dia?
*****
Tenang saja diamenyisip minuman namun matanya masih tidak lepas-lepas meratah wajahku. Saatpandangan kami berlaga, aku menunduk. Bibirnya mengoyak senyuman sinis. Debarandi hati hanya DIA yang tahu. Aku ingatkan lelaki ini sudah mati. Ya. Sudahhilang dari hidupku.
Lelaki di hadapankuini sudah banyak berubah. Dulu, wajah itu cengkung tidak bermaya. Mata bundaryang bening itu tidak bercahaya dan janggut serta misai tumbuh meliar diwajahnya. Malah rambutnya itu panjang hingga mencecah bahu.
“Kau tak sangka akumasih hidup?”
Aku membisu. Memang!Memang aku tak sangka dia masih hidup. Lelaki yang telah memusnahkan hidupkumasih bernafas tika ini.
“Sayang, sayang.Abang tak faham kenapa sayang bodoh sangat. Kemalangan kecil yang sayangrencanakan beberapa tahun lalu takkan pernah mampu buat abang mati.”
“Apa yang enciknak?” Ajuku tanpa menghiraukan kata-katanya.
“Nak sayanglah!”
Aku menggenggampenumbuk. Cuba mencari kesabaran untuk menghadapi lelaki ini.
Kalau dulu, setiapkata-kata lelaki ini akan aku cuba terima meskipun sakit rasanya. Kalau dulu,aku relakan saja dia merangkul erat tubuhku. Itu dulu! Bukan sekarang.
Enam tahun lalu,lelaki ini mengutipku di tepi jalan. Aku yang ketika itu terkontang-kantingterpaksa mengikutnya. Dan aku dijadikan perempuan simpanannya tanpa aku rela.Pernah aku cuba melarikan diri tapi akugagal. Hasilnya, tubuh ini menjadi mangsanya. Aku dipukul bertalu-talu.
Waktu itu, aku cumagadis yang berusia 18 tahun yang tidak mengerti apa-apa. Bermacam-macam caratelah aku lakukan supaya diri ini terlepas dari genggamannya. Aku merencanakankemalangan dan tika itu, aku yakin dia sudah meninggal. Aku terlalu yakin!
Tapi kini, lelakiitu masih hadir.
“Wafi Yasmina, akuboleh laporkan kepada polis yang kau cuba bunuh aku dulu tapi aku tak nak. Kausepatutnya berterima kasih dengan aku.”
“Terima kasih,”tuturku lalu bangun.
Aku mengatur langkahpergi meninggalkan dia. Tapi hanya beberapa langkah kerana pantas sajajari-jemari itu memaut lenganku. Aku merentap tanganku. Jijik! Tidak aku sudilelaki ini menyentuhku. Cukuplah selama ini aku menanggung dosa atas segalaperbuatanku.
“Wow! Wafi Yasminadah berubah.”
“Apa lagi yang enciknak dari saya?” Dadaku sesak. Kenapa lelaki ini harus kembali di saat akusedang mengenal erti bahagia?
“Aku nak kau. Kautak faham ke?”
“Encik! Saya tak adamasa nak bergurau dengan encik.”
Tangannya menyapakedua-dua belah bahuku. Mataku membulat. Aku cuba melepaskan diri.
“Aku tak ada masanak bergurau dengan kau. Kalau aku tak nak kau, aku takkan habiskan masa akubertahun-tahun lamanya untuk cari kau.”
Aku melepaskandiriku daripada pautannya dan berkira-kira untuk pergi.
“Aku sayangkan kaudan aku nak kita berkahwin,” ucapnya perlahan namun masih cukup kuat untuk akudengar. Wajah itu aku pandang sekilas sebelum aku berlalu pergi.
Last edited by surianovember on 16-11-2012 08:14 PM
|