CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3345|Reply: 36

PAS ke, PKR ke.. sat tolong jawap soalan ni..

[Copy link]
Post time 6-12-2012 10:18 AM | Show all posts |Read mode
ok, aku sebenarnya dah malas ar nak membalas2 ni, buat dosa kering jer...

again aku ulang, Allah berfirman "yang kamu dengan agama kamu dan kami dengan agama kami", so same goes to pegangan politik ni.. ko dengan parti ko, aku dengan parti aku..

Mcm mana pun kita ni bertelagah, masing2 tetap nak bagi nampak parti masing2 gak yang betul..
jadi penyelesaiannya, kalau masing2 tak boleh terima parti lawan, itu masing2 punya hal.
Selagi ada yang menjawap dan membalas dengan kata2 makian, maka jawapan dalam makian jugaklah yang akan di reply

OK, citer lain..

Aku assume article yang aku nak copy paste ni betul. Kalau masih juga ada kesalahan atau fitnah dari mana2 pihak itu aku tak nak argue.

Tapi sebelum tu aku nak minta pendapat dan hujahan mana2 pihak yang handal kat sini yang boleh tolong jawap soalan aku..

Situasi :-
Hakikatnya PAS memang tak akan dapat memerintah Negara kalau dia cuma wujud tanpa pakatan.
Jalan penyelesaiannya, PAS bergabung dengan PKR dan DAP.

Soalan aku :-
mcmmana puak2 korang nak meyakinkan orang2 Islam kat luar sana yang korang boleh mentadbir lebih baik dari kerajaan sekarang (specifically bab2 hukum hakam ni).
Kalau dah DAP dengan kerenah bodoh sombong dan bongkaknya tu.. PKR pun sama, apa lagi alternative yang korang ada ??
PAS dah tentu kena merombak besar2an undang2 dan segala mcm hal kan… adakah DAP terima ??? dah tentu semua orang maklum jawapannya TIDAK… TAPI BAGAIMANA DENGAN PKR ??????????? (aku nak bersangka baik jer.., tapi masih susah aku nak bersangka baik sebab pemimpin dia seorang ISLAM, jd AI pasti setuju... kan.... ??)

Ni article yang aku nak copy paste, harap2 ada jawapan bernas lagi bijaksana dari korang2 besides dari caci makian yang mencetuskan dosa2 dikalangan kita kat dlm thread ni..
(article ni dah keluar beberapa bulan lepas, tp bila aku copy pastekan kat thread yang satu lagi, tak da pun org yang benar2 memberi jawapan yang bernas)

Haron Din tempelak Anwar

Sanggup bersekongkol dengan penulis Islam berfikiran liberal


Kuala Lumpur: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menempelak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup bersekongkol dengan penulis Islam berfikiran liberal dan menolak Islam sebagai asas penubuhan negara.

Ini berikutan Anwar melancarkan sebuah buku Tinderbox: The Past and Future of Pakistan karya penulis yang juga bekas Ahli Parlimen India, Mobashar Jawed Akbar atau dikenali dengan nama MJ Akbar, minggu lalu. Meremehkan Islam

Malah pemimpin pembangkang itu juga membenarkan penulis terbabit meremehkan peranan Islam dalam pembentukan sebuah negara, yang kebetulan menjadi agenda perjuangan PAS.

Haron yang dipetik portal berita AntaraPos berkata, beliau kesal kerana individu seperti Akbar yang mengakui beliau Islam tetapi “tidak semestinya sembahyang lima kali sehari,” diberi peluang untuk menyebarkan pandangan liberal di Malaysia, menerusi PKR.

Bukan direstui PAS

Beliau turut meminta rakyat supaya tidak menganggap tindakan Anwar bersekutu dengan orang seperti Akbar sebagai sesuatu yang direstui PAS.

“Jangan kita rujuk kepada seorang perseorangan seperti Anwar, kerana itu tindakan dia sendiri.

“Anwar pun ada cara dia sebab dia pun bukan tubuh parti Islam tetapi parti Keadilan.

“Dia rasakan itu boleh mendapatkan keuntungan (buat) dia, maka dia buat. Itu politik Anwar dan dia tiada asas politiknya kepada Islam. Jadi dia (Anwar) tak macam kita,” katanya dipetik portal berita itu.

Haron berkata partinya tidak mahu diheret dengan politik PKR malah menegaskan pihaknya tidak boleh menerima mana-mana pandangan yang meremehkan peranan Islam dalam membentuk sebuah negara sempurna.

“Kami dalam PAS, semuanya kita rujuk kepada Islam. Kita pun tidak campur hal PKR. PAS dengan PAS, PKR dengan PKR dan DAP dengan DAP,” katanya.

Sementara itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari ketika mengulas perkara itu berkata, apa yang dilakukan Anwar itu bukan sesuatu yang baru malah ini bukan kali pertama Anwar tidak menghormati pandangan rakan sekutu khususnya PAS.

“Tindakan yang dilakukan Anwar itu bertujuan menjaga hati rakannya dari Barat terutama mereka yang rancak melancarkan pemikiran Islam liberal di kalangan umat Islam,” katanya.

Penganalisis politik, Prof Dr Samsul Adabi Mamat, berkata PAS tidak boleh berdiam diri dalam isu sebegini kerana ia membabitkan prinsip dan perjuangan parti.

-----

TOLONG LAH BAGI JAWAPAN dan HUJAHAN BERNAS, bagaimana korang nak menerima ANWAR yang dah berangan2 nak jadi PM tu kalau inilah pegangan beliau selama ni ?

Kecuali lah pemimpin PAS yang berjaya jadi PM (DAP setuju ker ???), tp aku percaya pertelagahan akan wujud sebab AI korang tu tak kan menerima pendapat PAS.. do u ??

(ker korang tak menerima pendapat Ustaz Haron Din ni)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2012 11:21 AM | Show all posts
aku sependapat dengan ko....
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2012 11:28 AM | Show all posts
Kisah teladan : Kisah Burung Kecil dan Cicak
Julai 10, 2011
sitihorizon
Tinggalkan komen
Go to comments
Berlaku kisah di zaman Nabi Ibrahim semasa Baginda dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulang kali.

Tingkah lakunya diperhatikan makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu:

“Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.”

Lalu dijawab oleh burung berkenaan:

“Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”

Berlainan pula dengan cicak yang bertindak jahat dengan menghembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi lebih marak untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusan itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan).

DARIPADA Amir bin Saad, daripada bapanya (Saad bin Abi Waqas) katanya:

“Sesungguhnya Nabi SAW memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakannya sebagai ‘si penjahat kecil’.” (Hadis riwayat Muslim)

Sumber:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

===========================================================
p/s:
Setiap perbuatan dinilai pd niat.. seperti kisah burung kecil yg cuba memadam api Nabi Ibrahim AS dan cicak yg cuba memarakkan api (“Sesungguhnya Nabi SAW memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakannya sebagai ‘si penjahat kecil” (Hadis riwayat Muslim)). Walaupun usaha mereka kecil tetapi tetap dipandang oleh Allah SWT. Jadi,lakukanlah kebaikan di mana sahaja kita berada walaupun kita diperkecilkan..^^

Credit:
http://lukisanduniaku.wordpress. ... ng-kecil-dan-cicak/
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2012 11:30 AM | Show all posts
p/s
Kesimpulannya, terpulanglah sama ada nak jadik Burung atau cicak..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2012 11:37 AM | Show all posts
eleeeee tu kerajaan bawak masuk pompuan penulis ntah ke sapa nama tu xde bising plak
(tolong bisingkan bagi pihak2 cai cai)
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2012 02:49 PM | Show all posts
Bukan kerajaan nak ditumbangkan ....orang muka sama aje yang ketinggalan zaman pegangan jawatan .... Tak ada muka lain ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2012 03:15 PM | Show all posts
sesungguhnya didalam pakatan rakyat bangsa melayu dan ummah  yg lebih benar2 mengenali agama islam lebih bermajoriti didalam pakatan rakyat berbanding didalam Barisan nasional....

lebih bagus berbincang bercanggah pendapat untuk mencari jalan penyelesaian daripada mengangguk kepada satu pihak sahaja bersuara, semua kata yes..... bila MCA terang2 menghina islam berkali2, UMNO masih yes juga.... GERAKAN mintak tanah, yes juga..

gandingan pakatan rakyat dimana PKR sebuah parti liberal dinaungi dan majoriti ummah melayu islam ditambah dengan PAS sebuah parti islam yg lebih mengenal hal2 berkaitan agama islam, ditambah lagik dengan DAP sebuah parti berbilang kaum yg sosialis bila bergabung menggandingkan pendapat2 mereka.. pasti malaysia lebih pantas menjadi negara maju yg terus pertahankan ajaran2 islam dan lebih telus dalam pentadbiran dan membela rakyat....

bila berpadu tenaga, PKR dalam membuat dasara2 yg sedia ada, DAP memberi penambahbaikan kepada rakyat keseluruhannya dan PAs akan memmegang undang2 dan dasar islam didalam negara....

perbalahan pendapat untuk mendapat keputusan yg terbaik adalah perlu untuk rakyat dan negara.. jangan jadi pak hangguk sahaja... rakyat yg merana.... dan bodohlah mereka mahu bergaduh bila tak sependapat kerana jika salah satu parti menarik diri.. automatik parlimen akan dibubarkan.....

dan perlu akur dan menerima kenyataan..... malaysia sebuah negara liberal islam yg agama islam menjadi agama rasmi negara,
bahasa melayu bahasa rasmi neagra,
agong dan sultan2 melayu kuasa exekutif no.1 dalam negara...
askar melayu masih menjadi unit simpanan tetap khas pada neagra...
bangsa melayu terus akan menjadi bangsa majoriti dalam negara....
dan majoriti penyokong2 pakatan rakyat adalah bangsa melayu dan islam yg amat kuat membela dan pertahankan bangsa melayu dan agama islam...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2012 03:21 PM | Show all posts
Jangan benarkan pemimpin berada dalam "comfort zone". Mesti ada auditing, check & balance. Kakitangan awampun diarahkan bertukar keluar selepas 3-5 tahun untuk mengelakkan isu integriti.

Inikan pula pemimpin peringkat tertinggi. Tengok sajalah Selangor... habis ditelanjangkan... bekas MB Selangor yang dah disabitkan kesalahan/penjarapun masih dok lenggang kangkung kat istana dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2012 06:40 PM | Show all posts
Khalifah Umar al khattab pun arab badwi berani 'luruskan' dgn pedang...inikan pulak anwar ibrahim. Malang sekali budaya begini tak ada dalam politik UMNO..sbb tu pemimpin2 jenis tak sedar diri. Dikelilingi oleh pengampu dan penakut.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2012 11:22 PM | Show all posts
tintabiru73 posted on 6-12-2012 03:21 PM
Jangan benarkan pemimpin berada dalam "comfort zone". Mesti ada auditing, check & balance. Kakitanga ...

khalid ibarhim pun ditelanjangkan melalui skandal Talam Corporation. Azmin ditelanjangkan (literally) di depan kamera. anwar dan chau soi lek jugak telah ditelanjangkan oleh kamera. byk rupanya org yg telanjang ni

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2012 11:56 PM | Show all posts
tintabiru73 posted on 6-12-2012 11:30 AM
p/s
Kesimpulannya, terpulanglah sama ada nak jadik Burung atau cicak..


tapi kenapa PAS seolah-olah memilih utk menjadi cicak, dgn cuba menghancurkan UMNO ,berdoa keburukan utk UMNO yg telah menaikan nama negara sehingga menjadi negara contoh dikalangan negara2 islam, mempejuangkan dan menyalurkan bantuan, menjadi perantaraan untuk kesejahteraan Umat islam didalam dan diluarnegara, dan kenapa PAS membela dan berpakat dengan orang2 yg menentang islam dari dalam dan luarnegara yg mempejuangkan pemikiran islam liberal di kalangan umat islam.

Last edited by rashiman on 6-12-2012 11:59 PM

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 12:49 AM | Show all posts
assalam kepada tukang aju soalan...

oleh krn sy malas nak type dan malas nak pikir.. sila rujuk thread nih
http://mforum.cari.com.my/forum. ... amp;fromuid=1778064

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 12:53 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 12:53 AM | Show all posts


nak tau lg lanjut, bukak window youtube btul2, tgk playlist the whole forum...
Last edited by Slav on 7-12-2012 12:55 AM

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 01:03 AM | Show all posts
rashiman posted on 6-12-2012 11:56 PM
tapi kenapa PAS seolah-olah memilih utk menjadi cicak, dgn cuba menghancurkan UMNO ,berdoa kebur ...

sebab UMNO=politik keganasan + zalim + liberal + angkuh + bodoh sombong + fitnah + tamak + rasuah + monopoly + pilih kasih + tunjuk pandai/memandai2 bab Islam walhal tak tau + racist + low iq + statement syok sundrik...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 01:07 AM | Show all posts
Slav posted on 7-12-2012 01:03 AM
sebab UMNO=politik keganasan + zalim + liberal + angkuh + bodoh sombong + fitnah + tamak + rasuah  ...

pengganas yg terdesak nak kuasa,,,,


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2012 01:35 AM | Show all posts
Slav posted on 7-12-2012 01:03 AM
sebab UMNO=politik keganasan + zalim + liberal + angkuh + bodoh sombong + fitnah + tamak + rasuah  ...

dia sebenarnya budak sekolah yg tk tahu beza sebenarnya PAS itu adalah burung yg sedang berusaha utk 'memadamkan api kemusnahan'.....bukannya PAS nk jadi cicak yg nk 'memarakkan lgi api kebencian'....

benda mudah mcm ni pn tk blh nk faham tpi nk cerita psl politik...bodo piang betul...


Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 11:35 AM | Show all posts
Apabila anda membuka thread, harap ada keterbukaan untuk menerima pandangan. Apabila anda mengemukakan soalan, begitu juga diharap ada keterbukaan.

Aku rasa tidak ada gunanya menjawab soalan kalau yang bertanya tidak bermaksud untuk menilai jawapan dengan hati yang terbuka atas kedegilan dan keegoan. Apabila terasa diri dan pandangan diri yang terlalu hebat serta mengecilkan pandangan orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 11:44 AM | Show all posts
idz posted on 7-12-2012 01:35 AM
dia sebenarnya budak sekolah yg tk tahu beza sebenarnya PAS itu adalah burung yg sedang berusaha u ...


Apa kemusnahan yg UMNO buat untuk islam sedangkan negara-negara islam lain berusaha utk mencontohi Malaysia.
Kalau UMNO ganas dan zalim, pihak lain pun seperti bangsamoro pun tak akan minta bantuan dari Malaysia sebagai orang tengah bagi menyelesaikan krisis mereka. Last edited by rashiman on 7-12-2012 11:46 AM

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 12:25 PM | Show all posts
rashiman posted on 6-12-2012 11:56 PM
tapi kenapa PAS seolah-olah memilih utk menjadi cicak, dgn cuba menghancurkan UMNO ,berdoa kebur ...




bila dah ada sifat ujub dan sifat riak x kan nak ada nya sifat merendah diri dan mengakui kebaikan dan kelebihan orang lain...


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 04:00 PM GMT+8 , Processed in 0.390605 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list