CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21861|Reply: 262

[Tempatan] Hampir 200 Muslimin Rohingya Tiba Di Jerlun...Baq Ang!

[Copy link]
Post time 15-3-2013 03:09 AM | Show all posts |Read mode
Hampir 200 Muslimin Rohingya Tiba Di Jerlun - 12/03/13

Pelarian Rohingya terkandas di Jerlun

JERLUN – Bayi berusia dua bulan antara yang ditahan apabila sebuah bot bermuatan hampir 200 orang pelarian Rohingya terkandas dekat perkampungan nelayan di Kampung Jeruju, Kuala Jerlun, awal pagi , semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, sekumpulan pelarian Rohingya mengharungi kawasan lumpur sejauh satu kilometer dari tengah laut menuju ke daratan.

Saksi kejadian, nelayan, Shaari Ahmad, 60, yang pada ketika itu memukat ikan di laut ternampak sekumpulan manusia menyeberangi laut untuk ke daratan.

Menurutnya, mulanya dia tidak mengendahkannya berikutan kawasan yang mereka dekati itu adalah tempat mencari siput bentarang tetapi apabila tiba di darat, penduduk memberitahu kesemua mereka adalah pelarian Rohingya.

“Biasanya kawasan ini dipenuhi bot penduduk yang mencari siput bentarang, namun disebabkan terlalu ramai ia menghairankan saya.

“Setibanya di pelantar, saya terkejut apabila penduduk memaklumkan ada pendatang mendarat di kampung ini dan segera ke tempat kejadian,” katanya.

Kata Shaari, di kawasan itu pernah terjadi kes sebegitu sebelum ini namun tidak seramai sepertimana yang berlaku semalam.

“Sebelum ini, ada pendatang asing yang mendarat di sini namun hanya melibatkan 40 hingga 50 orang.

“Apa yang menyedihkan ada kanak-kanak dan kesemua mereka bernasib baik kerana jika lambat sampai ke daratan, mereka pasti akan mati berikutan air laut sedang pasang,” katanya.

Disangka penduduk kampung Kejadian itu turut disaksikan seorang lagi nelayan, Shamsudin Shafie, 38, yang sedang memukat ikan, namun menyangka kehadiran sekumpulan manusia itu adalah penduduk kampung.

Menurutnya, dia mendekati kumpulan tersebut dan mendapati kebanyakan mereka mengendong kanak-kanak kecil serta menjunjung beg pakaian di kepala.

“Sebelum mendekati bot tersebut, saya nampak kesemua mereka yang meredah lumpur di kawasan ini dilihat seperti ‘bertali’ untuk ke daratan.

“Sebaik mengenal pasti kesemua mereka adalah pelarian saya segera menghubungi pihak berkuasa,” katanya.

Kata Shamsudin, memandangkan pelarian Ronghiya adalah seagama, penduduk bersimpati dengan mereka terutamanya kanak-kanak kecil.

“Difahamkan, bot yang dinaiki pelarian tersebut cuba mendarat di Thailand tetapi diusir sehingga terkandas di sini,” katanya.


Penduduk memberikan sumbangan

Penduduk, Shafie Md Isa, 61, berkata,dia bergegas ke tempat kejadian bersama tiga lagi orang kampung sebaik sahaja dimaklumkan anaknya yang berada di laut.

Menurutnya, dia segera memaklumkan kepada pihak berkuasa berikutan bimbang berlaku perkara tidak baik memandangkan jumlah pelarian begitu ramai.

“Pihak berkuasa yang sampai ke tempat kejadian mendapati kesemua mereka adalah pelarian dan kami kasihan melihat keadaan mereka yang terpaksa meredah lumpur sejauh satu kilometer.

“Inisiatif diambil seluruh penduduk membantu membekalkan pakaian dan makanan kepada mereka sebagai tanda prihatin,” katanya.

Menurut Shafie, bot yang dinaiki pelarian terbabit ditunda ke pelantar Kuala Tunjang oleh sebuah bot nelayan diiringi anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM).

Difahamkan kesemua mereka berada di sekitar perairan negara sejak 12 hari lalu dan sudah hampir tujuh hari tidak makan.


Kesemua pelarian selamat

Sementara itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Kubang Pasu, Asisten Superintendan Zakaria Shahadat berkata, dia menerima maklumat daripada bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu lebih kurang jam 8 pagi mengenai kehadiran pelarian itu.

Katanya, dia bersama 14 anggota termasuk pegawai ke tempat kejadian bagi memantau keadaan di kawasan itu dan mendapati kesemua pelarian tersebut sedang mengharungi lumpur di pesisiran pantai untuk ke darat.

“Setibanya kesemua pelarian di daratan pihak berkuasa mengarahkan mereka membersihkan diri kemudian dikumpulkan di satu tempat dibantu penduduk dan anggota Rela.

“Kesemua pelarian selamat dan pergolakan yang berlaku di negara mereka mendorong mereka meninggalkannya,” katanya.

Beliau berkata, bot yang dinaiki pelarian itu tidak dapat menghampiri kawasan darat berikutan air laut pada waktu itu sedang surut.

“Kesemua pelarian akan dibawa ke IPD Kubang Pasu dan kemudian diserahkan kepada Jabatan Imigresen Negeri Kedah,” katanya.

Pelarian berkenaan dianggarkan berjumlah 184 orang melibatkan 70 lelaki, 49 wanita, 46 kanak-kanak lelaki dan 19 kanak-kanak perempuan.

sinarharian


Pelarian wanita dan kanak-kanak yang tidak bertenaga membantu sesama mereka untuk ke daratan.


Sebahagian pelarian kanak-kanak dan wanita yang selamat sampai di daratan.


Bayi dan kanak-kanak antara pelarian yang mendarat di Kuala Jerlun.


Penduduk membawa pelarian ke satu tempat untuk dikumpulkan.













Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2013 03:16 AM | Show all posts
kes terpencil

ni lah gagasan 1 malaysia yg dicanang oleh pm kita

syukur bn
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 03:21 AM | Show all posts
senangnya nak masuk malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 03:39 AM | Show all posts
truly asia kah kah
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 03:47 AM | Show all posts
tk lama lagi jadi bumiputera...lepas tu mula nk mmbabiputera.....mana dia suara ayya mahadey???
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 03:53 AM | Show all posts
Kesian betol aku baca kisah rohingya ni.... tp senangnyer masuk malaysia....aik?????
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2013 04:49 AM | Show all posts
kesian mmg kesian tp x leh dibiarkan nanti melarat!
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 05:07 AM | Show all posts
Lepas kes Sulu wa jadi takut pulak denga berita ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2013 06:10 AM | Show all posts
boleh bagi ic untuk jadi pngundi umngok.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 06:39 AM | Show all posts
Muka sebelah kanan ada can jadi Shahrizat masuk umngok...
http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.139082.1363133617!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg


Last edited by gogo2 on 15-3-2013 08:33 AM

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 06:58 AM | Show all posts
..tambahan pengundi baru untuk kawasan jerlun...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 07:09 AM | Show all posts
.. simpatinya....

tapi kerajaan kena bertindak ngan bijak dalam menangani masalah nie....
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 08:03 AM | Show all posts
MissNigga posted on 15-3-2013 07:09 AM
.. simpatinya....

tapi kerajaan kena bertindak ngan bijak dalam menangani masalah nie....

betoi..
harap kerajaan dpt pikirkan jln penyelesaian yg trbaik..


Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 08:08 AM | Show all posts
Htr blk semula...kami warga malaysia...dh x sgp  nk terima p'dtg asing nie....
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 08:15 AM | Show all posts
ada senjata tak?????????????
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 08:17 AM | Show all posts
memang simpati tapi cukup2 la pendatang yang ada nih....
pendatang yang sedia ada ni pun dah bawa macam2 perilaku yang buat rakyat tempatan tak selamat....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2013 08:19 AM | Show all posts
bila dh jadi mcm kes di LD... rasa mcm x boleh nk terima kedatangan pendatang asimg ni... kesian mmg la... tp skg ni trauma!! kita ni lembut hati sgt... esok2 org2 mcm ni la yg mungkin  menghuru harakan negara... bangsa x kenang jasa, x reti bersyukur
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 08:24 AM | Show all posts
sebagai manusia simpati tetap ada...tapi cukup-cukuplah buat baik,...pendatang yang sedia ada pun dah berbagai masalah...

Risau pulak perairan kita ni senang dibolosi....
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 08:26 AM | Show all posts
masalah takkan timbul kalo pengkhianat negara tak bg diorg ic dan taraf bumiputera.. diorg pun tak berani buat kacau kalo setakat kita bg perlindungan sbg pelarian UNHCR.. kita mmg nk tolong diorg dan simpati dgn apa yg berlaku.. tp nk menang dlm pilihanraya secara kotor punya pasal, sanggup jd pengkhianat negara..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 08:26 AM | Show all posts
kesiannya...

tapi, malaysia ni dah cukup sesak...mana nak letak kamu orang?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.065698 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list