Tentera Darat (TD) telah mengadakan latihan ketenteraan – Eksesais Stallion – bertempat di kawasan Tapah, Perak hingga ke Rawang, Selangor pada 23 Jun - 4 Julai 2013. Seramai 5000 orang anggota & 300 buah kenderaan dari Divisyen Kedua & Divisyen Keempat mengambil bahagian dalam eksesais berkenaan yang memberi tumpuan kepada latihan operasi "Delaying Defence and Operations in Build Up Area (OBUA)".
Peperangan Urban (dalam kawasan bandar), adalah taktik peperangan yang sangat kotor, berdarah & mengambil masa yang perlahan. Amat malang apabila para pemerhati eksesais menyaksikan tiada peluru hidup yang digunakan ketika latihan. Ini disebabkan latihan dilakukan dalam jarak 100 meter dari kawasan penduduk di Taman Bukit Sentosa, Serendah dengan peluru kapur & bom thunderclap digunakan. Di kompleks khas MOUT (Military Operations on Urban Terrain Used) sebagaimana fasiliti di UK & USA, kebolehan penuh ketumbukan infantari dari penggunaan senjata ringan hingga ke mortar dapat ditunjukkan dalam situasi yang realistik & menambah faktor dramatik.
Untuk upacara penutup, satu simulasi serangan untuk membersihkan kawasan rumah kedai yang dikuasai 'tentera musuh' diadakan dengan pendaratan komando dari helikopter (heliborne assault) untuk "menangkap" seorang musuh bagi tujuan intelijen. Dengan adanya helikopter Nuri, satu demonstrasi medevac bagi tentera yang mengalami "kecederaan parah" turut dipamerkan.
Sebagai bonus, 4 buah kereta kebal PT-91M Pendekar turut mengambil bahagian dalam demonstrasi berkenaan dibantu kenderaan "Armoured Recovery Vehicle (ARV)" dengan memecahkan sebuah halangan jalan (roadblock). Bila roadblock dimusnahkan, sebuah kenderaan "Armoured Vehicle Bridge Layer (AVLB)" yang dikenali sebagai PMC Leguan, (variasi PT-91M) turut menunjukkan kebolehan lapisan jambatan mekanikal untuk MBT Pendekar.
Ini adalah kali pertama kenderaan ARV & AVLB mengambil bahagian dalam eksesais yang dibuka kepada media massa. Secara jujurnya, saya tidak faham kenapa komando GGK & MBT Pendekar diperlukan untuk demonstrasi bagi upacara penutup. Berkemungkinan ia untuk menambah rencah drama & aksi kepada eksesais yang amat penting ini.