CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1606|Reply: 7

[Tempatan] Lebih 2,000 Pati ditangkap dalam sebulan

[Copy link]
Post time 9-7-2013 02:46 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Seramai 2,170 pendatang asing tanpa izin dan 25 majikan ditangkap agensi penguatkuasaan menerusi 330 operasi di seluruh negara pada Mei dan Jun lepas.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata operasi dari 23 Mei hingga 17 Jun itu memeriksa 7,032 pendatang asing sebagai langkah membendung kebanjiran mereka.

Katanya, usaha mengekang kemasukan beramai-ramai pendatang haram bukan hanya terletak pada KDN sahaja kerana semua agensi lain dan masyarakat turut bertanggungjawab.

"Tidak dinafikan rakyat kita juga ada memberi peluang kepada pendatang asing tanpa izin untuk terus berada di negara kita demi kepentingan peribadi.

"Diharapkan semua pihak perlu lebih peka dengan keadaan ini dan tidak berkompromi dengan mana-mana pendatang tanpa izin," katanya menjawab soalan Che Mohamad Zulkifly Jusoh (BN-Setiu) pada sesi soal-jawab pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Che Mohamad ingin tahu langkah kerajaan untuk membendung masalah kebanjiran pendatang asing tanpa izin yang menimbulkan kerisauan rakyat tempatan.   

Selain itu, Wan Junaidi berkata pelbagai langkah dijalankan Kementerian Dalam Negeri (KDN) secara bersepadu dengan semua agensi penguatkuasaan, termasuk untuk menjaga kestabilan sosial negara.

Antaranya memperketat kawalan pintu masuk laut dan darat, membuat naziran ke atas premis yang menggaji pendatang asing dan mengadakan hubungan lebih rapat dengan pelbagai kedutaan, kata Wan Junaidi.

Katanya, KDN juga merancang membina lebih banyak depoh untuk menampung lebih ramai pendatang asing tanpa izin di bawah Program 6P sebelum mereka dihantar pulang ke negara asal.

Program 6P merujuk kepada program penyelesaian menyeluruh pekerja asing dan pendatang asing tanpa izin. - Bernama

• Petikan Berita Online •

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2013 03:37 PM | Show all posts
Katanya, KDN juga merancang membina lebih banyak depoh untuk menampung lebih ramai pendatang asing tanpa izin di bawah Program 6P sebelum mereka dihantar pulang ke negara asal.


kata 2170 Pati dalam 2 bulan ...kalau sepanjang tahun ...entah berapa banyak ..patutlah cakap nak bukak ....banyak depoh ..bolos jugak lah
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 03:39 PM | Show all posts
Al-Patih posted on 9-7-2013 03:37 PM
kata 2170 Pati dalam 2 bulan ...kalau sepanjang tahun ...entah berapa banyak ..patutlah cakap na ...

indon tangkap..dtg balik....sumatera tu dekat je...kalimantan pon dekat je ke sabah dan sarawak
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 03:40 PM | Show all posts
the_killer posted on 9-7-2013 03:39 PM
indon tangkap..dtg balik....sumatera tu dekat je...kalimantan pon dekat je ke sabah dan sarawak
...

tak sangka ada marin trafik kat laut ....bagi laluan ...supaya tak ada jam
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 03:40 PM | Show all posts
2000 sebulan.. dah 2000 sebulan masih bertambah2 yang datang
nampak bebeno mudah nak masuk ke sini..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2013 03:41 PM | Show all posts
Indonesia pun patut pantau baik2 rakyat deorg yg suka curi masuk Malaysia
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-7-2013 03:57 PM | Show all posts
cikatilia posted on 9-7-2013 03:40 PM
2000 sebulan.. dah 2000 sebulan masih bertambah2 yang datang
nampak bebeno mudah nak masuk ke sini. ...

kalau pengganas masuk pun mudah. tak cukup ketat pertahanan negara kalau camni
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 03:59 PM | Show all posts
izamahmed posted on 9-7-2013 03:57 PM
kalau pengganas masuk pun mudah. tak cukup ketat pertahanan negara kalau camni

tu la  pasal...
aku heran sgt2 sampai skang isu tak settle.. dari zaman aku skolah sampai la masuk 3 series

serupa jak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.042196 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list