Melayukini.net – Toyota AE86 Berusia 25 Tahun Yang Masih Di Dalam Plastik | Bagi pandangan pertama mungkin ada yang menganggap bahawa kereta
keluaran lama, pasti akan menjadi sebuah kereta klasik lama yang sudah rosak. Namun dakwaan itu boleh disangkal jika kita melihat sebuah kereta Toyota Corolla
AE86 ini. Ia dijumpai di Belgium dimana kereta ini telah tersimpan di basement selama lebih 25 tahun. Lebih menarik, kereta ini masih dalam keadaan asal
seperti baru keluar dari kilang dan tidak berkarat langsung. Kerusi didalamnya masih dibalut dengan plastik dari kilang. Meter pada dashboard pun menunjukkan kereta ini baru berjalan sebanyak 48 kilometer. Pemilik kenderaan ini membeli kereta ini dan memandunya dari kedai
kereta hingga ke basement tersebut. Dan kereta itu dibiarkan begitu selama lebih 25 tahun. Bau kereta ini juga masih bau seperti baru.
Tuan kereta ini mengeluarkan minyak dari tangki dan bateri juga dibuka untuk mengelakkan kereta ini dari rosak.
Melayukini.net - Wah satu penemuan yang hebat kerana bukan mudah untuk kita melihat sebuah kereta lama yang memang tidak digunakan di atas
jalan raya. Walaubagaimanapun kita sendiri tidak mengetahui mengapa tuan punya kereta tersebut langsung tidak menggunakan kereta tersebut seperti
pengguna yang lain. Mungkin ingin dijadikan sebagai nilai sejarah yang tampil dengan imej baru.
credit to melayukini.net
|