CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1842|Reply: 14

[Tempatan] 20 Klinik 1Malaysia akan ditambah

[Copy link]
Post time 15-7-2013 08:09 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan bercadang menambah 20 lagi Klinik 1Malaysia (K1M) di seluruh negara bagi memastikan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah, dapat dinikmati secara menyeluruh.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata cadangan itu selaras dengan hasrat kementerian bagi memastikan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada rakyat melalui produk 1Malaysia.

"Kita di kementerian akan pastikan sistem penyampaian dan perkhidmatan terbaik kerana kita telah diiktiraf antara yang terbaik di dunia.

"Namun kita (kementerian) tidak boleh leka malah perlu tingkatkan usaha dalam hal penyampaian perkhidmatan kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di Rumah Bakti Datuk Harun di sini hari ini.

Pada majlis itu, Persatuan Kebajikan Anak Melayu Pulau Pinang di Wilayah Persekutuan dan Selangor menyampaikan sumbangan wang tunai RM80,000, sejadah dan Al-Quran kepada 20 rumah anak yatim serta sekolah tahfiz di kedua-dua negeri.  

Dr Hilmi berkata kementerian akan berusaha menempatkan sekurang-kurangnya seorang doktor di setiap K1M kerana ketika ini, hanya 22 klinik berkenaan mempunyai doktor manakala yang lain dikendali oleh penolong pegawai perubatan.

"Kementerian akan cuba selesaikan masalah kekurangan doktor dalam masa terdekat dan kita akan cuba mempercepatkan masa menunggu pesakit di K1M," katanya.

Sehingga kini, terdapat 230 K1M di seluruh negara yang memberi perkhidmatan kepada lebih 1.5 juta rakyat dan hanya mengenakan bayaran RM1 bagi warganegara manakala RM15 bagi bukan warganegara.

Petugas di K1M adalah jururawat terlatih dan penolong pegawai perubatan yang menawarkan khidmat perubatan bagi kes ringan seperti sakit dan kecederaan biasa seperti demam, batuk, selesema serta luka kecil selain rawatan susulan bagi kencing manis dan darah tinggi.

Klinik itu adalah sebahagian daripada pengisian Gagasan 1Malaysia, ilham Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberi fokus khas terhadap perhubungan harmoni antara kaum, penyatuan nasional dan pentadbiran efisien. - Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2013 11:42 AM | Show all posts
wah!!..betul ke RM 1 jek??...skali jumpe??..
ni dh masuk bil ubat ke belum??...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2013 12:05 PM | Show all posts
betul. tp takleh minta cuti sakit~
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 04:29 PM | Show all posts
KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan bercadang menambah 20 lagi Klinik 1Malaysia (K1M) di seluruh negara bagi memastikan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah, dapat dinikmati secara menyeluruh.



Klinik Kerajaan yang bertahun2 ujud ..nak diabaikan ke ...mabok banggan punya cakap .....itu yang wajib ditumpukan ...untuk perkhidmatan yang lebeh baik ...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 04:37 PM | Show all posts
nanti ubat ambik kat spital jugak...


aku tengok Klinik 1mesia kat taman sri serdang ...macam tak berfungsi je.

asalnya bangunan balai raya diorg ubah jadi klinik...asyik tutup je..tak tau llaa pulak skrg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2013 05:50 PM | Show all posts
kat klinik 1M ni cek tanda sakit2 ringan je
selebihnye kene g hospital juga~
asalkan ada, asalkan beroperasi, ok lah tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2013 02:17 AM | Show all posts
Amat terhad perkhidmatan yg ditawarkan...ubat pun tkder..last2 baik pergi terus klinik swasta or hospital...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 03:00 AM | Show all posts
pendapat saya baguslah ada klinik kerajaan di setiap 10 km. Tak perlu naik bas jauh jauh -

1. Ada peluang perkerjaan dan memudahkan rakyat jelata.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2013 04:21 AM | Show all posts
K1M nih takat Paracetamol bleh laaa,kekadang dressing luka pun deme x wat.....demam tinggi sket refer spital gak......
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 04:23 AM | Show all posts
memola mmg slow la..tp aritu pg luar kl penuh lak kenek IM ni..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 05:24 AM | Show all posts
usaha dan niat tu bagus..
tapi kalau boleh biarlah diperluaskan lagi faedah wujudnya klinik ni di satu2 komuniti tu kan
ubat takat ubat panadol kk, ubat batuk tu je
pastu pegawai kesihatan je yg ade menggantikan doktor
x banyak fungsi pun..alih2 nak kene p hops kerajaan jugak...
jadikanlah klinik 1 mesia ni sebagai klinik yg memberi manfaat pada rakyat
kalo x, xyah tambah lagi pun xpe, rakyat sakit tetap kene p klinik n hospital jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 06:03 AM | Show all posts
tak pernah jenguk lagi klinik ni...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 02:10 PM | Show all posts
aritu aku pi cabut gigi kat klinik krajaan, sebatang rm1 jah
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 04:09 PM | Show all posts
maxim posted on 16-7-2013 02:10 PM
aritu aku pi cabut gigi kat klinik krajaan, sebatang rm1 jah

RM1 tu untuk kena tunggu berapa lama? bukan kalu sakit,depa bagi pain killer dulu? pas tu buat appointment.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 04:14 PM | Show all posts
razhar posted on 16-7-2013 04:09 PM
RM1 tu untuk kena tunggu berapa lama? bukan kalu sakit,depa bagi pain killer dulu? pas tu buat app ...

normal la klinik krajaan kene tunggu..org ramai..ada la dlm sejam lebih..

tu la aku pun pkir camtu. tp mybe sebab kes aku, ala2 dah xdpt diselamatkan, mmg kene cabut



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 11:28 AM GMT+8 , Processed in 0.072076 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list