CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21589|Reply: 115

CAK: Rumah tangga pasangan selebriti ada masalah

[Copy link]
Post time 17-9-2013 08:30 AM | Show all posts |Read mode
Sekali pandang, pasangan romantik ini nampak sangat bahagia. Serba-serbi indah umpama merekalah pasangan paling secocok.
Di sebalik kebahagiaan itu, terselit pahit yang tidak dapat dizahirkan dengan kata-kata. Begitulah mukadimah perkembangan terbaru pasangan selebriti popular yang sampai ke pengetahuan Sha beberapa hari lalu.
Dengarnya, rumah tangga mereka bergolak tetapi punca sebenar belum diketahui. Sumber Sha masih menyelidik perkara itu dan akan maklumkan maklumat dari semasa ke semasa.

Sha difahamkan, berikutan masalah dalam hubungan mereka, si isteri membatalkan aktiviti seni sepanjang minggu.

Lebih mengejutkan, pembatalan itu dilakukan pada saat akhir hingga ramai tertanya-tanya apa berlaku kepadanya. Sebelum ini tak pula dia bersikap demikian.


Bagi Sha, dalam perkahwinan ada turun naiknya. Bukan satu perkara luar biasa jika suami isteri bergaduh dan bertelagah pendapat.

Kalau tidak, masakan wujud pepatah ‘sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’. Apatah lagi perkahwinan mereka boleh dikatakan masih baru, pasti dalam proses menyesuaikan diri.

Sha terdengar yang selebriti cantik itu sebenarnya sakit. Apa jenis penyakit, tak pula diberitahu. Misteri sungguh hidup pasangan ini sampai tak boleh nak diramal apa masalah sebenar mereka hadapi. Adakah itu punca hubungan tegang?

Pun begitu, kalau diselongkar sejarah hitam mereka, kedua-duanya suka ambil barang terlarang. Tidak mustahil penyakit dan masalah itu ada kena mengena dengan aktiviti kurang sihat itu. Biasalah jika ‘terikat’ dengan barang terlarang itu, banyak masalah akan timbul di kemudian hari.

Sha harap pasangan ini dapat mengharungi ujian dan cari penyelesaian terbaik. Kalau betul sakit, segera dapatkan rawatan dan jika tidak tahu cara menyelesaikan pergolakan rumah tangga, bertemulah mereka yang pakar atau dapatkan bantuan ahli keluarga sebagai orang tengah.

Doa Sha, mudah-mudahan kedua-duanya tabah serta sama-sama muhasabah diri dan berubah ke arah kebaikan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2013 08:33 AM | Show all posts
sapa pulak....nanti update kat tajuk ek
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 08:35 AM | Show all posts
tetiba jekkkkkkk teringat awal ngan scha.................
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 08:48 AM | Show all posts
tetiba ter-saspek satu pasangan ni

Pun begitu, kalau diselongkar sejarah hitam mereka, kedua-duanya suka ambil barang terlarang.

tapi speku je lah.,.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 08:50 AM | Show all posts
tapibukanaku posted on 17-9-2013 08:48 AM
tetiba ter-saspek satu pasangan ni

Pun begitu, kalau diselongkar sejarah hitam mereka, kedua-dua ...

siapakah ituuu?
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 08:53 AM | Show all posts
mimi77 posted on 17-9-2013 08:50 AM
siapakah ituuu?

tunggu if ada poremer lain yg speku sama

klue:

1. ambil dadah
2. baru kawin

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2013 08:55 AM | Show all posts
tapibukanaku posted on 17-9-2013 08:53 AM
tunggu if ada poremer lain yg speku sama

klue:

x mampu berspeku..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 08:58 AM | Show all posts
  1. barang terlarang
Copy the Code
tu yg clue paling kuat tapi masih tak tau siapa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2013 09:00 AM | Show all posts
tapibukanaku posted on 17-9-2013 08:53 AM
tunggu if ada poremer lain yg speku sama

klue:

sapa weiii
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 09:07 AM | Show all posts
adoi la..korang nak speku sorang2 wat pe..???
nak speku cuba share reramai tgk ada yg bersetuju ke dak..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 09:07 AM | Show all posts
aku pun saspek schAwal
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 09:08 AM | Show all posts
aku pun terbayang scha ngan awal..tapi pikir balik clue barang terlarang..tak terpikir plak aku diaorg mengamalkan gaya hidup tak sihat..
so next couple la kot..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 09:10 AM | Show all posts
sapelaknie...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 09:10 AM | Show all posts
sapa dulu tu yg positif masa kena raid kat club?
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 09:14 AM | Show all posts
pasangan ni ambik dadah ke apa....
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 09:16 AM | Show all posts
nuryakmal posted on 17-9-2013 08:35 AM
tetiba jekkkkkkk teringat awal ngan scha.................

i pn speku mcm 2...dr start bce trus t'igt couple ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2013 09:22 AM | Show all posts
teringat couple yang dulu pernah kena tangkap masa raid dgn Qi tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 09:22 AM | Show all posts
Semalam tak nampak artis yang korang sebutkan tu kat Muzik-Muzik kan, AJ je sorang dengan artis jemputan Norman KRU dan Aweera tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 09:30 AM | Show all posts
memule bace terus nk speku scha awal, sbab scha kn masuk spital bebaru ni
tapi bile part ade sejarah amik barang terlarang, bukan kot...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Brg terlarang..arak pon terlarang...kaki togok dikire x..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.192039 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list