CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3229|Reply: 15

[Tempatan] Edisi kisah masyarakat: Cuba diraba penumpang mabuk

[Copy link]
Post time 10-10-2013 12:44 PM | Show all posts |Read mode
PELBAGAI kes membabitkan pemandu teksi dan penumpang sering disiarkan di dada akhbar.

Isu yang berkaitan seperti ‘SPAD beri amaran naik harga tambang teksi’ yang dipaparkan di Harian Metro (HM) pada 4 September lalu, ‘Pemandu sambilan rosak imej teksi’ (HM - 3 September 2013) serta artikel bertajuk ‘Nafi ugut pengurus bengkel’ di HM yang dikeluarkan pada 3 September 2013 lalu menarik minat pembaca mengetahui sejauh manakah sikap sebenar pemandu teksi.

Jika ditanya kepada orang ramai, rata-rata mengakui mempunyai pengalaman buruk sebagai penumpang sama ada disamun, ditengking, diperas ugut dan paling menakutkan, apabila ada penumpang wanita cuba diraba dan dirogol!

Sikap yang bertenta-ngan dengan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia sewajarnya mendapat perhatian serius, sekali gus permit pemanduan teksi itu boleh ditarik balik.
Namun, bagaimana sebaliknya?

Apabila pemandu teksi wanita pula diraba, disamun, dimaki hamun dan diperas ugut penumpang lelaki, ia pasti memberi mimpi ngeri kepada pemandu wanita.

Bagi menyelami asam garam kehidupan pemandu teksi wanita di ‘bandaraya besi’ Kuala Lumpur, penulis bertemu seorang pemandu wanita, Siti Aishah Ismail, 37, dari Bandar Tun Razak, Cheras.

Ternyata Siti Aishah mempunyai sikap yang ramah dan tidak lokek berkongsi cerita mengenai cabaran, rintangan dan suka duka sepanjang dua tahun membawa teksi.

Lebih selesa dikenali sebagai Aishah, dia tidak menghadapi sebarang kekangan keluarga, malah suaminya, Zainal Abidin Ramli yang juga pernah menjadi pemandu teksi turut menyokong keinginan wanita itu untuk mencari rezeki.

“Cuma anak bongsu saya yang berumur empat tahun sering bertanya mengenai tugas yang saya lakukan setiap hari.

“Saya mula bekerja dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari dan bersambung dari jam 2 petang hingga ke 9 malam.

“Dalam kesibukan tugas, saya masih mempu-nyai masa menjalankan tanggung jawab sebagai seorang isteri dan ibu.

“Saya memasak dan menyiapkan keperluan keluarga,” katanya yang mempunyai tujuh
cahaya mata.

Pada mulanya dia tidak yakin dengan dirinya sendiri untuk memandu teksi sehingga dicabar rakan-rakan yang mempunyai lesen sebagai pemandu teksi.

“Memang risau kerana cabaran sebagai pemandu teksi di ibu kota berisiko tinggi, tetapi rakan-rakan memberi galakan untuk mencari rezeki sebagai pemandu teksi.

“Ada juga pemandu teksi lelaki yang mencabar dengan mengatakan kami lemah dan penakut kerana ketika itu jumlah pemandu wanita boleh dibilang dengan jari.

“Alhamdulillah, saya lulus ujian Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) serta Jabatan Pengangkutan Jalan dan mendapatkan lesen vokasional teksi (PSV),” kata wanita yang berasal dari Kelantan ini.

Pendapat penulis, sikap pemandu teksi wanita yang ramah adakalanya boleh mendatangkan masalah kepada diri mereka sendiri.

Aishah turut mengakui perkara ini kerana pelbagai pengalaman pahit dialami ketika berhadapan dengan penumpang lelaki sama ada warga tempatan atau asing.

“Ada satu peristiwa saya mengambil penumpang warga Myanmar dari Jalan Maluri ke Pudu Plaza.

“Selepas penumpang itu menaiki teksi ini, baru saya sedar dia dalam keadaan mabuk dan cuba me-nyentuh saya ketika sedang memandu.

“Saya memberanikan diri dengan memberi amaran, jika dia menyentuh lagi, saya akan halau keluar dari teksi.

“Syukur, penumpang Myanmar itu sedar tingkah lakunya yang biadab lalu meminta maaf.

“Namun, peristiwa itu tidak habis di situ kerana apabila tiba di Pudu Plaza, penumpang itu membayar menggunakan wang RM50 sedangkan tambang tertera meter hanya RM5,” katanya.

Katanya, pengalaman lain yang tidak dilupakan ketika mengambil penumpang dari Bukit Bintang ke Tropicana City Mall, Petaling Jaya.

“Saya sudah beritahu penumpang itu saya tidak pasti laluan di kawasan terbabit, tetapi penumpang warga Amerika itu tetap mahu saya membawanya ke Tropicana City Mall.

“Seperti dijangka, saya sesat tetapi tetap bertekad untuk menghantar penumpang itu ke tempat yang diminta sekalipun agak lewat.

“Apabila tiba di Tropicana City Mall, meter menunjukkan jumlah RM35, tetapi saya cuma minta RM20.

“Seperti tidak percaya, penumpang itu yang bersama isteri dan anak-anaknya cuma membayar RM15.

“Saya tidak kisah dengan jumlah itu, tetapi lebih memilukan apabila lelaki itu menyebut ‘busxxxd’ ketika keluar dari teksi saya.

“Hanya Allah tahu perasaan saya dan sejak itu saya berhati-hati apabila mengambil penumpang warga asing untuk mengelak peristiwa yang sama berulang,” katanya.

Sewaktu bersama penulis, Aishah memaklumkan perlu mengambil penumpang tetap yang sering menggunakan perkhidmatan teksinya di sekitar Kuala Lumpur.

Dari KL Sentral, kami ke Petaling Jaya seperti mana yang dikehendaki selepas menerima panggilan dari penumpangnya itu.

Sewaktu melihat ke arah meter, caj yang terpapar RM11 manakala caj panggilan langsung dikenakan RM2 membolehkan Aishah membawa pulang pendapatan sekurang-kurangnya RM120 - RM150 sehari dan perlu disimpan untuk membayar sewa dan membaiki kerosakan teksi.

“Pendapatan saya meningkat sejak menggunakan aplikasi Easy Taxi.

“Tanyalah mana-mana pemandu teksi, berlaku banyak kes merebut pelanggan sewaktu perkhidmatan panggilan radio sehingga timbul pergaduhan sesama pemandu teksi.

“Aplikasi Easy Taxi bukan saja selamat untuk penumpang, malah memberi kelebihan kepada pemandu teksi kerana mereka dibekalkan dengan maklumat seperti nama dan nombor telefon penumpang,” katanya.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2013 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
aku dah lama x naik teksi ni.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2013 04:05 PM | Show all posts
seram seh naik teksi
xberani aku naik sorg2


Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2013 04:09 PM | Show all posts
‘busxxxd’  ke ‘basxxxd’   ?

ke perkataan lain?
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2013 04:11 PM | Show all posts
kekadang perangai lahabau juga pemandu teksi nie......bukan nak berhemat kat jalan raya.....tahu nak cepat je.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2013 04:11 PM | Show all posts
aku pernah naik teksi..time tu pas antar kete servis
nasib tk baik ..aku tahan teksi india..
dah naik teksi..baru aku perasan teksi tak pakai meter..
meter mmg tkde..
oleh kerana takut dan atas faktor keselamatan..
aku diam je la..
sepanjang jln ke rumah..tgn dok pegang hp..kalau dia konar tmpt lain
aku dh standby nak call polis!





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2013 04:16 PM | Show all posts
nreezt posted on 10-10-2013 04:09 PM
‘busxxxd’  ke ‘basxxxd’   ?

ke perkataan lain?

mustard kot....juz kidding
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2013 04:23 PM | Show all posts
gaara_X posted on 10-10-2013 04:11 PM
kekadang perangai lahabau juga pemandu teksi nie......bukan nak berhemat kat jalan raya.....tahu nak ...

tau tak pe. mencucuk kereta dari belakang, hon suka hati...erkkkkkkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2013 04:23 PM | Show all posts
gaara_X posted on 10-10-2013 04:11 PM
kekadang perangai lahabau juga pemandu teksi nie......bukan nak berhemat kat jalan raya.....tahu nak ...

mmg pon...bwak ikut dan je...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 08:19 AM | Show all posts
Lebih rela aku besesak naik bas,naik LRT..naik teksi...100 kali aku pikir...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 08:20 AM | Show all posts
ketuanAN JARJIS
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 10:02 AM | Show all posts
risiko salah 1 ialah, penumpang lari xnk byr tambang
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 10:03 AM | Show all posts
xytol posted on 11-10-2013 08:19 AM
Lebih rela aku besesak naik bas,naik LRT..naik teksi...100 kali aku pikir...

aku PONNN..macam takut je  naik teksi ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2013 12:03 PM | Show all posts
vv2005 posted on 11-10-2013 10:03 AM
aku PONNN..macam takut je  naik teksi ni

tapi ada driver teksi hensem...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 12:08 PM | Show all posts
jika yg meraba tu bukan pemandu teksi, sebaliknya ahli politik.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 12:46 PM | Show all posts

aku pernah 'terpaksa' naik teksi, driver dia cina- agak berumur

drive slow jer...macam makan angin, geram jer aku yang nak cepat ni

sampai area pudu bus station, ada sorang amoi cina dgn pakaian seksi, dia boleh bersiul2 dalam teksi dan dia lagi drive slow je nak usha amoi cina tu

aku cakap la kat dia, "tauke, boleh cepat sikit ke, saya ada meeting ni", sopan je aku cakap tu

dengan serta merta dia brek teksi & marah aku "lu turun naik teksi lain la, tak mau you punya duit!"

pening aku, malas bergaduh, aku terus turun & belah camtu je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.077557 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list