CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4212|Reply: 20

Saya Bukan Kaki Perempuan – Johan As’ari

[Copy link]
Post time 18-10-2013 01:14 PM | Show all posts |Read mode


Julai lalu, pelakon yang terkenal menerusi drama Juvana, Johan As’ari pernah mengaku ingin mengakhiri zaman bujangnya dengan status sebagai tunangan orang dan dalam masa yang sama, aktor tersebut juga dilihat semakin rapat dengan penyanyi, Shila Amzah, sehingga timbul spekulasi mengatakan kononnya mereka bercinta.

Namun begitu, sewaktu bertemu dengan Johan di malam gala tayangan filem Balada Pencinta di Chatay Cineleisure, Damansara semalam, pelakon ini akui hanya berkawan rapat dengan Shila dan sekaligus menolak dakwaan kononnya mereka menjalinkan hubungan cinta.


Saya dan Shila cuma berkawan dan ya kami memang rapat. Tapi sebelum ini saya tak pernah meletak janji pada mana-mana wanita dan saya juga bukan kaki perempuan. Saya pun tak pernah mengaku bercinta dengan mana-mana perempuan sebelum ini.


Kalau boleh, saya nak jujur dengan semua orang. Bukan sahaja dengan sesama dia (Shila), malah dengan pihak media dan teman-teman juga. Setakat mana yang kami mengaku dan semua orang tahu, itulah dia.




Mengulas lebih lanjut mengenai perancangan pertunangannya itu, Johan akui buat masa ini belum ada sebarang persiapan untuk proses tersebut dan hanya mampu menyerahkan segalanya pada ketentuan takdir.

Kita hanya mampu merancang. Saya dah cuba sedaya upaya untuk meletakkan azam untuk bertunang pada penghujung tahun ini. Tapi jika jodoh itu belum sampai, saya terima.


Lagipun saya tak nak bercerita panjang dan tokok tambah apa-apa buat masa ini. Apa yang boleh saya cakap, doakan sahaja yang terbaik buat kami.


Beralih kepada soal kerjaya, Johan difahamkan bakal terlibat dalam pementasan teater, arahan Erma Fatima sekitar Disember depan. Johan juga bakal muncul dengan filem terbarunya berjudul, Balada Pencinta yang bakal menemui penonton pada 24 Oktober 2013.

sumber= oh bulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2013 01:17 PM | Show all posts
ye la baiklah.. kami paham..
so ngn izreen ngn nabila ngn tah sape2 tu xpe pape kan kan kan..
gossip je kan kan kan..
ok baeklah kami paham..
ko nk shila je kan kan kan.. hurm ok noted
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 01:35 PM | Show all posts
kaki propa btol dia ni..kdg2 dpt rasa yg dia saja kasi cerita yg x btol agar nm dia sentiasa disebut..menyampah btol llaki pesen mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 01:55 PM | Show all posts
klau blum apa2... dok diam2 sudah johan... xyah propa nak kawin lar tunang lar... pas tu kawan pompuan sana sini... lagi mengundang fitenah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalah perempuan..tapi xpelah biolah kuo dr pihak lelaki lagi baik...t beromabk rindu pulak..naya tu.ish ish
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
p.timur3831 posted on 18-10-2013 01:35 PM
kaki propa btol dia ni..kdg2 dpt rasa yg dia saja kasi cerita yg x btol agar nm dia sentiasa disebut ...

memang kaki propa pn.dlu bkn main lg mula2 berlakon duk ckp psl agama nak jaga batas pergaulan lah ape lah.tup2 kapel dgn abil yg mmg sosial seksi maut tu.sblm tu fasha sandha.izreen tah brapa ramai lg yg gosip ngn dia.skrg dgn shilalat sesuai sgtla dua2 kaki propa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2013 02:09 PM | Show all posts
xyah bg kenyataan, x yah upload gambar2 ngn shilalat or mne2 girl kan mudah. ko selfie sorg2 sudahhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 03:06 PM | Show all posts
aduh tunggu dan lihat jelah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2013 03:14 PM | Show all posts
aku terserempak dgn shila isnin lepas and mummy nye kat azura couture...tempah baju tunang! #gossip





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2013 03:14 PM | Show all posts
datinmarissa posted on 18-10-2013 03:14 PM
aku terserempak dgn shila isnin lepas and mummy nye kat azura couture...tempah baju tunang! #gossip
...

oo depa nk tunang ke??
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 04:11 PM | Show all posts
datinmarissa posted on 18-10-2013 03:14 PM
aku terserempak dgn shila isnin lepas and mummy nye kat azura couture...tempah baju tunang! #gossip
...

hohohooiiii seriussss ni.. ke bju p APM nt?..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 04:34 PM | Show all posts
Tengok muka pun jenis jantan pemalas & perasan hensem tapi tak hensem pun.. cuma ko bertuah je sb Malaysia ni kaya dgn perempuan desperate asalkan ada jantan dlm TV semua nak tergila-gila
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2013 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Bajet hot je die ni:Q
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2013 08:53 AM | Show all posts
abeh johan kna hentam. haha
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2013 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Johan dgn shila ke?? Xberkenan dua2 tu.. tp lantak dorang laa.. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2013 09:28 AM | Show all posts

@miawpink adakah shila amzah pilihan beliau

Isnin Oktober 21, 2013

Johan As'ari Mengaku Sudah Terpaut Hati Dengan Artis


Oleh FERIDE HIKMET ATAK ([email protected])


Johan As'ari
PETALING JAYA: Pelakon Johan As'ari mengakui mengakui terpaut hati dengan seorang wanita yang juga merupakan salah seorang selebriti hiburan tempatan.

Johan atau nama sebenarnya Johan Arrif As’ari, 27, bagaimanapun berkata, dia enggan meluahkan perasaan hatinya kepada artis wanita berkenaan walaupun tahu dia bukan bertepuk sebelah tangan.

"Saya dan dia, masing-masing tahu yang kami saling menyukai antara satu sama lain tetapi kalau boleh kami tidak mahu mengesahkan sebagai pasangan kekasih.

"ada saya biarlah kami diikat sebagai ikatan suami isteri yang sah, barulah boleh merasai nikmat bercinta itu. Keadaan ini juga sebenarnya lebih mudah kerana andaikata tiada jodoh, kami boleh membawa haluan sendiri," katanya kepada mStar Online.

Tambah Johan, dia juga bercadang ingin melamar artis wanita berkenaan dengan mengikat tali pertunangan pada tahun ini, namun ia sekadar rancangan sahaja.

Dalam pada itu, Johan berkata dia juga cukup senang apabila mereka saling mempercayai dalam setiap perkara yang dilakukan tanpa perlu timbul rasa cemburu dihati.

"erhubungan yang dijalinkan sekarang ini lebih kepada kepercayaan antara satu sama lain tanpa perlu menjadi kekasih. Jadi, memandangkan kami sekarang ini sibuk dengan urusan kerja seni, biarlah tugasan itu diselesaikan dahulu.

"Malah, kami biarkan masing-masing mengejar cita-cita dahulu sehingga berpuas hati dengan zon masing-masing. Andaikata perhubungan ini menjadi, InsyaAllah saya akan sebarkan pada semua, doakan ya," tuturnya
.

Sementara, Johan bakal muncul dengan filem lakonan terbaharunya bergandingan dengan Siti Saleha menerusi filem Balada Pencinta yang bakal ditayangkan pada 24 Oktober ini.

Filem terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd itu merupakan filem aksi romantik ini mengisahkan tentang cinta terlarang antara bekas gangster, Amir (Johan) dan Aishah (Siti Saleha).

Percintaan Amir dan Aishah menjadi rumit apabila ibu bapa Aishah mahu dia berkahwin dengan Boy (Sein), seorang lelaki yang berlatarbelakangkan keluarga kaya yang juga merupakan ketua kumpulan kongsi gelap.

Dalam perkembangan lain, Johan turut akan muncul dua buah filem berjudul Paku dan Tokan.

Malah pada Disember depan, aktor itu akan ke Macau mewakili negara apabila dirinya tercalon dalam Festival Filem Asia Pasifik di bawah kategori pelakon utama terbaik menerusi filem Juvana.

  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2013 09:33 AM | Show all posts
wanitajelita posted on 18-10-2013 04:34 PM
Tengok muka pun jenis jantan pemalas & perasan hensem tapi tak hensem pun.. cuma ko bertuah je sb Ma ...

errr... aku terserempak kot ngan dia kelmarin kat cathay e@curve. takla hot mana pun... n rsnya peminat tak ramai pun... sampai ada kakak kat situ ckp adik pi la beratur amik otograph... merayu2.... x koser makkkk... aku amik gambor dr jauh... pastuh blah... (saja amik gambar sbb nak buat kenangan... hahahah)

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2013 12:48 PM | Show all posts

Hari tu kan ada dia bg statement konon2 nak jaga perbatasan dah lepas nie... x mau scene mesra2...peluk2 pompuan lagi dah... sejak balik umrah kot... pastu Melodi pun gie lar interview... time tue dia dok shooting cite apa tah..ade Cristine Suzzane ke apa ke nama minah nie..lupa lak.. dia pun pungpangpungpang lar tak mau peluk2..nak imej baik je... tapi before tu ada scene mesra between dia ngan Cristinne tue.. and Melodi tanya..boleh plak mesra2 camtu... mamat poyo nie bleh jawab... dia tak mau peluk2... tp setakat letak tangan kat bahu..tu takde apa2 pun...tu bukan peluk... gitu... poyo je lebih..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2013 10:26 PM | Show all posts
bukan kaki pompuan konon....tu yg berjanji setia dengan izreen azminda....???
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2013 10:30 PM | Show all posts
bukan harituh kata nak bertunang dalam masa terdekat?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54341 Replies : 19
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54404 Replies : 3
'Tak takut ke esok Allah hisab?', tukang landskap pula 'expose' perangai Che Ta (tapi kat media cakap kontraktor yang banyak tipu dia)
maklukpenggoda'Tak takut ke esok Allah hisab?'
Views : 24399 Replies : 73
Tengku Zafrul masuk PKR.Ahmad Zahid tak terima sebarang pemakluman keluar Umno
AbahmungTengku Zafrul masuk PKR.Ahmad Zahid tak
Views : 8991 Replies : 5
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 51978 Replies : 910
Ringgit lebih kukuh, inflasi kekal terkawal isyarat positif ekonomi Malaysia
AbahmungRinggit lebih kukuh, inflasi kekal terka
Views : 9321 Replies : 4
THE ORDER
SY_MumiTHE ORDER
Views : 505 Replies : 0
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 280058 Replies : 8207
The Fiery Priest Season 2 = 8 Nov 2024 -DisneyHotstar
ismahaThe Fiery Priest Season 2 = 8 Nov 2024 -
Views : 82214 Replies : 719
Nek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1 juta!
PrickfordNek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1
Views : 30484 Replies : 610

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.310306 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list