View: 4331|Reply: 35
|
[Tempatan]
Gombak darul Pendatang-Pengemis 'berani mati', sanggup gadai nyawa
[Copy link]
|
|
GOMBAK - Dua wanita warga asing berusia lewat 50-an sanggup berpanas dan bergadai nyawa semata-mata untuk menjadi peminta sedekah di persimpangan lampu isyarat berhampiran Taman Sri Gombak.
Aktiviti salah seorang wanita itu dilihat terganggu apabila dia bertindak memalingkan mukanya dan berselindung di sebalik lori yang berhenti di lampu isyarat merah selepas menyedari tindakan wartawan cuba mengambil gambarnya.
Sementara seorang lagi rakannya dilihat sedang berjalan menghampiri lampu isyarat selepas kenderaan mulai kosong di persimpangan itu.
Persimpangan itu telah dijadikan mata pencarian peminta sedekah berkenaan sejak beberapa tahun lalu malah pernah beberapa kali bertukar lokasi di persimpangan lampu isyarat berhampiran kuil Batu Caves dan sekitar Selayang.
Perkara tersebut pernah dilaporkan media sebelum ini, namun tidak langsung menjejaskan aktiviti mereka.
Selain membahayakan nyawa sendiri, tindakan peminta sedekah itu turut menjejaskan keselamatan pengguna lain termasuk penunggang motosikal yang berkemungkinan tidak menyedari kehadiran mereka.
Singgah dari kereta ke kereta
Keadaan sama dapat dilihat di kawasan lain sekitar ibu kota antaranya Jalan Tun Razak, Jalan Abdullah dan Jalan Bangsar.
Mereka pergi dari satu kereta ke kereta lain menagih simpati menggunakan isyarat memerlukan duit untuk makan.
Senario itu dilihat ‘dimonopoli’ pengemis dipercayai warga asing yang kini menggunakan pendekatan berbeza bagi memperolehi wang dengan mudah.
Sebelum ini mereka menjadikan jejantas sebagai tempat meraih simpati juga kedai makan dan kini di tepi jalan yang dipenuhi pengguna kenderaan pula.
Walaupun dilihat bukan menjadi masalah besar tetapi jika dibiarkan berterusan akan menjadi perkara yang sukar dibendung pada masa akan datang.
Seorang pekerja swasta, Asmarizan Jusoh, 26, berkata, peminta sedekah mengganggu konsentrasi pemandu selepas mereka mengetuk cermin kereta sewaktu memberhentikan kereta di persimpangan lampu isyarat.
“Keadaan akan menimbulkan kemarahan terutamanya ketika waktu sesak selain perlu berhati-hati dengan penunggang motosikal yang gemar menyelit dalam masa sama mengelak peminta sedekah yang berjalan di antara kenderaan.
“Pihak berkuasa diminta memantau dan mengawal lalu lintas di kawasan tersebut sekurang-kurang menakutkan peminta sedekah untuk meneruskan aktiviti mereka,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Prihatin tidak bertempat
Fara Nurul Amirah Mustafa, 26, pula berkata, sama ada aktiviti itu berselindung di sebalik sindiket atau sebaliknya tidak menjadi keutamaan, tetapi sikap masyarakat kita yang prihatin tidak bertempat dipersoalkan.
“Aktiviti tersebut berterusan sehingga kini disebabkan disokong oleh pengguna yang memberikan wang sehingga ia diambil kesempatan oleh pihak luar.
"Sekiranya ingin memberikan bantuan berilah melalui saluran yang betul supaya bantuan dapat diberikan kepada individu yang benar-benar memerlukan,” katanya.
Nur Hazwani Aziz, 27, berkata, kehadiran peminta sedekah menimbulkan persoalan, mengganggu pemandu sehingga membolehkan mereka hilang fokus selepas tindakan memaksa segelintir daripada mereka.
“Saya amat memohon supaya pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan tidak memandang remeh permasalahan ini kerana dibimbangi boleh merebak ke kawasan lain.
“Aktiviti tersebut jika tidak dibendung bukan hanya mencemar imej negara tetapi turut menyamai situasi di Indonesia apabila kawasan jalanan dijadikan tempat untuk meminta sedekah,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/se ... adai-nyawa-1.227747
Last edited by silentwinner on 6-12-2013 09:17 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
bagi kat saluran yg betul tu pun menyakitkan ati... ntah tersalur ntah tidak.. |
|
|
|
|
|
|
|
eniliana posted on 6-12-2013 09:25 AM
bagi kat saluran yg betul tu pun menyakitkan ati... ntah tersalur ntah tidak..
Soalan yg patut ditanya mcm mana pengemis warga asing blh landing di msia. Sepatutnya kita import warga asing dgn kemahiran yg blh membantu majukan negara bukan import pengemis depa |
|
|
|
|
|
|
|
Mitak sedekah dari kereta ke kereta ni asal dari negara kelas ketiga...
negara kelas pertama..letak topi atas jalan...main gitar ke main kastonet ke? |
|
|
|
|
|
|
|
jengkoil posted on 6-12-2013 09:33 AM
Mitak sedekah dari kereta ke kereta ni asal dari negara kelas ketiga...
negara kelas pertama..letak ...
Itu buskerlah bro. Seniman jalanan |
|
|
|
|
|
|
|
percaya la cakap aku, lama2 jadi macam kat indon .. tak boleh buat apa2 pasal makin ramai, makin ramai |
|
|
|
|
|
|
|
gombak pon ramai pendatang minangkabau nenek moyang dari sumatera ..cer pegi greenwood |
|
|
|
|
|
|
|
kat trafic light depan giant tuh pun diorang minta sedekah...dah cam muka diorang laki bini.
harituh masa aku beli barang kat DIY taman sri gombak..sampai kat kaunter ada ke patut seorang makcik Myanmar @ Nepal yg selalu dok minta sedekah nie suruh aku bayarkan barang dia beli. Walaupun barang tuh harga rm5.00 jer. Aku wat tak dengar jerk. |
|
|
|
|
|
|
|
kat traffic light taman equine pun ada..2 orang perempuan tua kulit gelap pakai tudung labuh.
nampak macam rohingya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Patut la ai nampak 2 org makcik mengetuk pintu kete time trafik light lampu merah area2 greenwood tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Huhu makcik pakai tudung labuh dapat duit terus masuk dlm beg bawah tudung dia...tahu sgt.. |
|
|
|
|
|
|
|
pernah ternampak kat gombak... mmg terus terdetik.. makin ramai la pengemis kat malaysia nie... dgn penyangak nyer... adoi la... |
|
|
|
|
|
|
|
ritu aku nampak kat jusco equine...perrghhh meriah dpt kutip duit.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pihak berwajib kena amik serius aktiviti ini..... |
|
|
|
|
|
|
|
eniliana posted on 6-12-2013 09:25 AM
bagi kat saluran yg betul tu pun menyakitkan ati... ntah tersalur ntah tidak..
saluran mcm mane tu?dah pernah cube ke?nak jgak tau
|
|
|
|
|
|
|
|
gombak ni pon banyak pendatang aceh nsumatera berkampung.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|