CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8908|Reply: 38

Tasha Shilla nafi bercumbu

[Copy link]
Post time 8-12-2013 08:51 AM | Show all posts |Read mode



SEKITAR pukul 10 pagi Ahad lalu, Hits dikejutkan dengan panggilan telefon daripada seorang wanita. Dalam perbualan bersamanya, wanita berkenaan mendakwa rakannya ada melihat kelibat seorang pelakon wanita yang cukup dikenali sedang bercumbu-cumbuan dengan seorang lelaki di khalayak ramai di salah sebuah kafe hotel terkemuka ibu negara.
Perbuatan itu berlaku pada waktu malam di tempat terbuka. Lantas Hits bertanyakan siapa gerangan selebriti berkenaan. Jawapan wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Sofea itu memberitahu artis yang dimaksudkan ialah Tasha Shilla.

Tidak mengejutkan kerana baru-baru ini Tasha Shilla atau nama sebenarnya Natashashella Abdul Razak, 26, sering memuat naik gambar a€˜mesranyaa€™ bersama seorang lelaki yang merupakan ahli Muay Thai. Mungkin lelaki itu yang dimaksudkan sedang bermesra dengan dia?

Memang banyak kontroversi yang ditimbulkan oleh pelakon ini daripada hubungan dengan VIP, isu arak, pembedahan bagi mencantikkan hidung dan payudaranya sehingga dikatakan ditangkap khalwat bersama seorang pemain bola sepak kebangsaan, Mahali Jasuli.
Bagi menjawab dakwaan itu, wartawan Hits, GARRET DAWUM terus menghubungi Tasha sendiri untuk menjelaskan semua yang berlaku.

HITS: Betul ke dakwaan mengatakan Tasha sedang bermesraan dengan seorang lelaki di kafe hotel berkenaan?

Tasha: Astaghfirullah! Mengucap panjang saya. Memang saya berada di hotel berkenaan pada minggu lalu. Tetapi saya bersama dengan rakan artis lain seperti Sharifah Shakinah. Saya datang sebab dijemput untuk menghadiri majlis yang dianjurkan oleh sebuah radio baharu.

Berani juga Tasha melakukan perbuatan itu di khalayak ramai? Jelaskan.

Cuba fikir secara logik. Mana mungkin saya akan melakukan perkara itu di depan orang. Saya ada bersama dengan kawan-kawan yang lain. Perkara ini adalah tidak benar dan akan memalukan diri saya dan keluarga.


Bagaimana pula dengan gambar yang dimuat naik di Instagram? Mungkin itu lelaki yang dimaksudkan?


Memang saya ada bersama dengan lelaki itu. Tetapi tidak mungkin saya akan bercumbuan dengan dia. Mengenai gambar pula, itu hanya gambar biasa. Terpulang kepada semua untuk mentafsir gambar itu.


Sejauh mana perhubungan Tasha dengan lelaki itu?


Sekarang saya sedang dalam proses mengenalinya. Saya mengenali dia sudah tiga bulan. Kami hanya kawan dan tidak lebih daripada itu. Saya memang kawan dengan semua orang dan selesa berkawan dengannya.


Siapa nama lelaki berkenaan?


Dia bernama Hans dan berketurunan Cina. Dia juga adalah kawan kepada jurulatih peribadi saya dalam Muay Thai. Saya memang tidak memilih jika bercerita soal kawan.

Bila agaknya Tasha akan memberitahu kepada semua tentang cinta Tasha memandangkan Tasha sering dilihat rapat dengan lelaki?


Buat masa sekarang saya tidak ada ikatan yang sah dengan mana-mana lelaki. Jadi, saya tidak akan bercerita panjang berkenaan jodoh. Dalam Islam juga tidak ada istilah berpasangan. Kalau betul saya sudah ada jodoh, apa salahnya, saya akan terus berkahwin. Bagi saya, saya akan bercinta selepas berkahwin.


Tasha dilihat selalu bersama ahli sukan. Apa ciri-ciri lelaki pilihan Tasha?


Hans seorang yang pemalu. Sama juga dengan Mahali. Memang tidak dinafikan saya selesa berkawan dengan mereka. Tetapi saya inginkan lelaki yang romantik dan penyayang.

Sudah rapat dengan Hans. Bagaimana pula dengan Mahali?


Saya sudah nyatakan Hans kawan saya. Begitu juga dengan Mahali. Jadi, saya masih menghubungi kedua-duanya. Hanya sekadar kawan dan tidak lebih daripada itu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131204/hi_03/Tasha-Shilla-nafi-bercumbu#ixzz2mq9V8WPj
© Utusan Melayu (M) Bhd

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2013 08:55 AM | Show all posts
Dia ni sumer nafi.
Kentut busuk pun nafi....
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2013 09:15 AM | Show all posts
Biolah dia nak bercumbu.
Ader aku kisah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2013 09:57 AM | Show all posts
Ini melesia dik non and you public figure. Melayu Islam pulok tu. janganlah membuat bukan-bukan.. Kalau tak malu dengan orang, malu dengan Tuhan bisa?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2013 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Die da biase nafi ... Jd xde masalah die nak jawab cite2 camni..!  Tasha shilla muke sheols persis michael jackson versi gegel...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2013 10:28 AM | Show all posts
Nampak sangat taktik nak menaikkan nama yg makin sendu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2013 10:34 AM | Show all posts
kaka... gambaq tak nmpk
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2013 11:14 AM | Show all posts
Kan dia dh mengucap pjg tu. X baik pitnah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2013 12:20 PM | Show all posts
WAKAKA...LAWAK LA SI TASYA SILA NI KAT PROPA..DIA PAKAI BEG CHANNEL BESAU, SI STYLISTA TU CAKAP STYLISTA TAPi BEG XSESUAI...CEPAT2 CAKAP "JAP JAP JAP, sy ADA BEG CHANNEL KECIK OK" SEBELUM TU DIA KATA DIA PAKAI BEG BESAR SBB NAMPAK VICTORIA BECHKAM PAKAI MCM tu JUGAK..HAHA...SELAMA NI ORG CKP JE ARTIS TU BIMBO ARTIS NI BIMBO..YG NI KOT YG DIMAKsuDKAN..HUHU Last edited by chenta_dewi on 8-12-2013 12:23 PM

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2013 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa nk heran. Kalu dia ngaku br pelik.
Standard le ni jwpn retis khen..
Lenkali yg tkg bw cerita sila amik pict d tmpt kjadian  brg skpg dua utk bukti.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2013 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
elok le kwn ngan minah tingtong si kinot tu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2013 12:29 PM | Show all posts
Dia kan suck murni.
Mane ade shiom2 ni...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2013 12:59 PM | Show all posts
betulke tasha shilla ni dgn peninju tu.. sbb semalam dkt ig designer izuwan ismail, tasha shilla dtg dgn peninju tu.. siap kat caption izuan wish congratz lg...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2013 03:00 PM | Show all posts
minah deny~
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2013 03:03 PM | Show all posts
sofea kena belajar dengan ruby. sediakan bukti video okeh..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2013 03:18 PM | Show all posts
pompan simpanan datok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2013 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
bungalisa posted on 8-12-2013 10:08 AM
Die da biase nafi ... Jd xde masalah die nak jawab cite2 camni..!  Tasha shilla muke sheols persis m ...

hahaha betul..esp tang idung tu.nose job sgt
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2013 04:18 PM | Show all posts
Kuat nipu dia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2013 10:04 PM | Show all posts
ala cumcu je kot..apa ada hal...ini kan mesia..open gittewww...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2013 10:38 PM | Show all posts
comolot jaaaa katanya .. bukan comontot .. baru la busuk kalau comontot .. kiki
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.075322 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list