Sumber: Malaysia Digest
.
Pelakon juga pengacara, Qi Razali, mengesahkan konflik yang melibatkan dia dan pelakon Sharnaaz Ahmad yang 'tercetus' minggu lalu hanyalah salah faham dan ia sudah pun selesai.
"Ia cuma salah faham dan saya cepat memberi tindak balas selepas melihat gambar-gambar tersebut. Saya salah tetapi biasalah kalau sudah sayang mesti ada rasa cemburu. Perkara macam ini tidak pernah terjadi sebelum ini. Terus terang saya cakap semua sudah selesai", katanya seperti yang dilaporkan Kosmo! hari ini.
Tambah Qi lagi dia bukan lah seorang yang mudah cemburu tetapi cuma terkejut sedikit. Pelakon Friday I'm in Love ini juga memberitahu hubungan dan dengan kekasihnya (Nelydia) sekarang seperti biasa malah mereka sedang merancang untuk masa depan Ditanya samada Qi sudah tengok gambar terbaharu di IG Sharnaaz yang dia mendukung Nelydia, Qi berkata dia sudah melihat gambar tersebut dan tidak merasakan ia satu provokasi daripada Sharnaaz. "Saya tidak rasa macam itu. Semua itukan berlakon. Saya juga pernah singgah ke set penggambaran drama itu dan berjumpa dengan semua. Semua pelakon seperti kawan", katanya.
|