CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7466|Reply: 36

Stacy Terbuka Hati Untuk Peluk Islam

[Copy link]
Post time 27-12-2013 11:54 PM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA: Penyanyi Stacy memberitahu hatinya telah terbuka untuk memeluk agama Islam tanpa bantahan keluarga.
Stacy atau nama sebenarnya, Stracie Angie Anam, 23, berkata, perasaan itu timbul tanpa paksaan mana-mana pihak dan mengakui ajaran Islam mudah difahami selain pergaulannya lebih banyak di kalangan mereka yang menganut agama berkenaan.
"Dulu semasa di kampung pergaulan saya terhad dan komuniti di sana kebanyakannya penganut Kristian dan apabila berpindah ke Kuala Lumpur saya lebih banyak didedahkan dengan masyarakat Islam.


“Dari situlah hati saya terbuka untuk mengetahui mengenai agama ini,” katanya selepas pelancaran single berjudul Hello duet bersama kumpulan SM*SH yang diadakan di Auditorium Bently Music di sini, Jumaat.
Turut hadir Pengarah Urusan Warner Music Malaysia dan Singapura, Darren Choy.




Stacy yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah berkata, hasrat memeluk Islam tidak langsung didorong oleh penyanyi Akim Ahmad yang dikaitkan sebagai kekasihnya ketika ini ataupun semata-mata mahu berkahwin dengan pemuda itu.
Bagaimanapun dia tidak menafikan Akim banyak mengajar dan memberi kefahaman tentang Islam setiap kali mereka berjumpa.
"Soal agama bukan perkara main-main dan saya sangat menghormati agama lain termasuk Islam dan sebab itu jika saya ingin menjadi seorang Muslim bukan hanya kerana cinta atau mahu berkahwin dengan seseorang sebaliknya ia perlu datang dari hati yang ikhlas," katanya.


Sementara itu, bercakap mengenai kolaborasinya dengan kumpulan SM*SH dari Indonesia Stacy berkata, ia adalah peluang cukup besar untuk dia memperkenalkan namanya di negara itu.
Jelas Stacy, pengaruh kumpulan itu sangat kuat selain mempunyai pengikut yang cukup ramai di Indonesia dan Malaysia.


"Bayangkan pengikut Facebook saya sudah mencecah satu juta sejak lagu kami dilancarkan dan pengikut baharu itu rata-rata dari Indonesia.
"Saya melihat ia satu perkembangan baik untuk kerjaya saya dan bertuah dapat melakukan kolaborasi dengan mereka," katanya.
Pada majlis tersebut, Stacy dan SM*SH turut menyampaikan beberapa buah lagu termasuklah lagu duet mereka iaitu Hello di hadapan 100 peminat.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2013 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
syukur alhamdulillah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah ...Harapnya tertutup sikitlah pakaian stacy lepas hati terbuka pelok islam ni...
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 12:14 AM | Show all posts
alhamdulillah...
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 12:29 AM | Show all posts
ok sila peluk

tapi jgn ko menari lagi smpi nk tercarik seluar baju
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
bgus la Stacy, Alhamdulillah..
Dia nk kawen dgn Akim kot..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2013 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Tgk jela..
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 12:41 AM | Show all posts
soalan feveret ummah forumcari.. islam sunni ke syiah,,,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2013 12:51 AM | Show all posts
konon2 bukan kerna budak laki tu..

tuptup menikah..

poyo lah
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 01:01 AM | Show all posts
Alhamdulillah            
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 01:06 AM | Show all posts
Harap masuk Islam bukan semata2 sbb nk kawen...
Ikhlas lah kerana Allah..
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 01:12 AM | Show all posts
Sebab nak kahwin le ni, semoga semuanya selamat
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 01:30 AM | Show all posts
nah komen stacy kat twitter...

rasanya2 ade kaitan ngan isu nie tak??

Stracie Angie Anam ‏@Stacy_Angie 5m
Lain saya cakap lain yang story keluar pula ni??aduiii...tu la malas mau komen benda2 isu sensitif ni... #adoii
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 01:46 AM | Show all posts
Alhamdulillah kalau betul berita ni.. Tapi iolls kesian tgk si Akim tu. macam dia bertepuk sebelah tangan pun ada. Punya lar Akim terang-terang nak mengaku bercinta. Stacy ni elak-elak dia...
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 02:54 AM | Show all posts
alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 03:06 AM | Show all posts
Alhamdulillah. Jangan islam pada nama saja harapnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2013 03:07 AM From the mobile phone | Show all posts
gadogado posted on 28-12-2013 12:29 AM
ok sila peluk

tapi jgn ko menari lagi smpi nk tercarik seluar baju


Mak aku kata trkangkang trkoyak atas pentas. Hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 03:09 AM From the mobile phone | Show all posts
GorgeousRai posted on 28-12-2013 01:46 AM
Alhamdulillah kalau betul berita ni.. Tapi iolls kesian tgk si Akim tu. macam dia bertepuk sebelah t ...

Elak elak nanti kang soo wincci kebas akim kang melepas stacy....
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 04:09 AM | Show all posts
Matakilat posted on 28-12-2013 03:09 AM
Elak elak nanti kang soo wincci kebas akim kang melepas stacy....

kekeke.. kalau soo wincci yg dapat akim, merana lagi iqram
iolls tgk akim ni macam setia tunggu stacy ni kekdahnya.. macam lagu dia "Menunggu" tu kan..
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 08:19 AM | Show all posts
baguslaa dia ada hasrat sedemikian
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.533050 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list