CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2598|Reply: 17

[Tempatan] Menu 1Malaysia dari RM5 kini di Putrajaya

[Copy link]
Post time 5-2-2014 12:00 AM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA - Sebagai galakan kepada orang ramai di pusat pentadbiran negara di sini berbelanja secara berhemah, Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Aseh Che Mat mengunjungi Restoran Rakyat 1Malaysia di Taman Seri Empangan, di Presint 5, hari ini untuk menikmati makan tengah hari menu 1Malaysia.
          
        Bersama kira-kira 200 orang jemputan, Aseh makan tengah hari beramai-ramai di restoran itu, dengan memilih menu 1Malaysia yang disediakan.
          
        Dengan bayaran serendah RM5, mereka menikmati makan tengah hari dengan satu lauk pilihan dan sayur serta minuman.
          
        Hidangan itu disediakan kepada orang ramai antara pukul 12 tengah hari dan 2 petang, bermula hari ini.
          
        Aseh berkata, inisiatif yang digerakkan oleh Perbadanan Putrajaya dengan kerjasama pengusaha restoran itu bertujuan membantu orang ramai, terutama penjawat awam yang bekerja di sini, menikmati makan tengah hari yang amat memuaskan pada kadar bayaran cukup berpatutan.
          
        Menurutnya setakat ini hanya restoran di Taman Seri Empangan itu yang menawarkan Menu 1Malaysia untuk makan tengah hari di Putrajaya, dan pihak perbadanan amat menggalakkan lebih banyak restoran di sini mengambil bahagian dalam menawarkan menu 1Malaysia kepada pelanggan. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2014 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Ape punya nama kedai la. Semua nak di 1 kan. Bila le nak buat sistem pinjaman perumahan dan kenderaan 1 malaysia yg bebas dari riba?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 04:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Murahnya wow.. syukoorr
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 07:09 AM | Show all posts
sup@rm@n posted on 5-2-2014 12:07 AM
Ape punya nama kedai la. Semua nak di 1 kan. Bila le nak buat sistem pinjaman perumahan dan kenderaa ...

BEBAS RIBA 1MALAYSIA =BR1M.... kalau dah br 1 m... apasal dibaca sbagai brim?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 07:15 AM | Show all posts
menu rm5, air sirap n nasik sayur kangkung + ayam potong 30
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 07:46 AM | Show all posts
jangan masa aseh je mai menu sedap je....masa aseh tak de...menu cam hampeh.....aahks!!...ngan hangat2 tahik kerbau....nak membodek bagai....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2014 08:22 AM | Show all posts
sedap ke restoran seri empangan ni..aku jalan2 kat situ petang2 nampak tak berapa menyelerakan makanan dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2014 08:56 AM | Show all posts
kedai RM2 dh tak ada dh
brg semua naik harga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2014 08:57 AM | Show all posts

ASEH (dua dari kanan) bersama bekas Presiden Kongres Kesatuan Pekerja- Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam, Datuk Omar Osman (kanan) dan penyanyi, Datuk Hattan (dua dari kiri) menunjukkan hidangan Menu Rakyat 1Malaysia di Taman Seri Empangan, Presint 5, Putrajaya semalam.

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 09:12 AM | Show all posts
Klu aku bukak restoran, aku letak harga set lunch RM4 je......
Lauk- ikan potong 2, ayam potong 30 (ikut idea@shernazz ), sayur kangkung, tempe goreng (@peYno supplier) & air kosong kurang manis......
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 09:14 AM | Show all posts
byk tu je rm5? hmm mmg patut pun kalau gitu
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 09:19 AM | Show all posts
pelayan kat sana mulut moncong aje... emo smacam. xsenyum pun.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 09:29 AM | Show all posts
satu lauk + satu sayur + air minuman dlm tank = RM 5 ???

Kedai bawah pokok still lagi murah dan puas hati makan

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 09:40 AM | Show all posts
tu RON95 tak mau wat 1malaysia ka?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 09:47 AM | Show all posts
shernazz posted on 5-2-2014 07:15 AM
menu rm5, air sirap n nasik sayur kangkung + ayam potong 30

heu heu heu...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2014 09:52 AM | Show all posts
kangkung kasi lebih pun caj RM5?
memang tak patut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2014 11:59 AM | Show all posts
ala hangat2 taik ayam jer tu... mase wartawan pak2 menteri dtg mestilah persembahan makanan wow... bila depa sume takde rupa makanan mcm hampeh...
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2014 11:57 AM | Show all posts
tu semua kaki kipas je, sme je hrga kt tmpt kdai melayu. 1 lauk dgn air rm5.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.684063 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list