Sumber: Malaysian Digest
. Kalau tidak ada aral melintang dan visanya diluluskan, pada 28 Februari ini pelakon kontroversi Lana Nordin akan berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan umrah. Tidak keeseorangan, Lana akan pergi bersama teman baiknya pelakon Lisdaswati yang kini sedang hamil lima bulan. "InsyaAllah, sekarang ni tengah tunggu visa lulus saja lagi. Harap semuanya berjalan lancar. Saya rasa seronok nak pergi buat ibadah umrah. Sebenarnya memang niat nak ke sana dah lama, sejak dua tahun lepas. Baru tahun ni saya dapat tunaikan hasrat saya. "Kami pergi dalam 12 hari. Ni pertama kali bagi saya tapi Lisdawati dah banyak kali pergi, jadi saya banyak bertanya pada dia. Selain tu dia ajak saya sama-sama pergi usrah", kata Lana Nordin berkongsi serba sedikit mengenai persiapannya ke Mekah, ketika ditemui sewaktu di malam Anugerah Meletop, sabtu lalu. Ditanya bagaimana dengan penampilannya nanti selepas sekembalinya menunaikan umrah terutama dari segi imejnya. Lana berkata dia hanya berserah kepada Allah. Dari segi penampilan dia tidak akan melakukan perubahan dengan terlalu drastik sebaliknya akan cuba memperbaiki perlahan-lahan "Saya serahkan pada-Nya. Saya tetap jadi diri saya. Tapi insyaAllah perlahan-lahan saya akan cuba memperbaiki dari penampilan saya. Seandai dibukakan hati untuk berhijab satu hari nanti, InsyaAllah...", ujarnya wanita yang cukup dikenali dengan gaya dan imej seksi ini. Sepanjang perbualan, Lana tidak lekang mempamer senyuman. Ternyata pelakon yang terkenal dengan jolokan Pamela Anderson kini sangat bahagia dengan kehidupannya biarpun dia baru dilanda kontroversi bertali arus - putus cinta dengan pelakon Johan As'aari, digosipkan pula intim dengan seorang doktor kemudian dikatakan menjadi punya penyanyi Adira putus dengan teman lelakinya. Diusik dengan pertanyaan apakah beliau kini benar-benar sudah bertemu penggganti, Lana tersenyum dan berkata, "Ada yang mendekati tapi saya baru berkawan lah... Itulah, nanti kalau di Mekah saya nak berdoa agar diberikan petunjuk. Sebab sekarang ni saya tak tahu nak pilih mana satu (gelak). Ada tiga jejaka yang nak serius dengan saya. Saya masih tak tahu nak buat keputusan "Umur saya pun dah 35 tahun. Saya dah tak ada masa nak bercinta-cinta ni, kalau ada jodoh nak terus kahwin. Kemudian baru saya bercinta selepas kahwin", tuturnya. Ditanya adakah salah seorang daripada tiga jejaka itu ialah lelaki yan bergelar doktor seperti yang digosipkan dengan dirinya baru-baru ini, Lana pantas berkata, "Bukan... bukan! Doktor tu kawan biasa saja. Saya kawan dengan ramai orang. Tapi yang ketiga-tiga lelaki tersebut bukan orang dalam industri. Ada lah... rahsia. Nanti kalau sudah betul-betul saya akan beritahu", katanya yang enggan berkongsi lebih lanjut. Tak Kenal Bekas Kekasih Adira Lana Nordin bersama Dira Abu Zahar sewaktu di malam Anugerah Meletop Era yang berlangsung di Bukit Jalil, Sabtu lalu. Sementara itu diminta mengulas mengenai desas-desus baru-baru ini bahwa dirinya dikatakan punca perpisahan antara Adira dan kekasihnya, Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, Shahrul Nasrun Kamarudin, Lana berkata, "Saya tak kenal pun siapa dia (Shahrul). Mungkin kami pernah berjumpa di mana-mana acara tapi setahu saya saya tak kenal teman lelaki Adira..................................
Baca Lanjut: http://www.malaysiandigest.com/h ... mohon-petunjuk.html
|