View: 2862|Reply: 5
|
Pakaian sesuai dengan bentuk badan
[Copy link]
|
|
Apabila anda mahu pergi ke sesuatu majlis pastinya anda mahu tampil bergaya dan menarik. Namun pernahkah anda tahu potongan dan jenis fabrik yang digunakan sebelum dipakai? Ini kerana pakaian yang kurang selesa boleh 'potong' mood sehingga membuatkan anda tidak endahkan lagi nilai tag harga pakaianmu.
Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda tip-tip untuk memilih pakaian yang sesuai dengan bentuk tubuh badan anda.
Tubuh montok
Jika anda mempunyai bentuk badan 'curvy', pakaian feminine yang menonjolkan bentuk badan sentiasa tampil mempersona. Pakai tali pinggang atau sarungkan pakaian yang mempunyai perincian di pinggang. Seluar seperti seluar 'harem' yang ketat di pinggang namun longgar di bahagian peha ke betis menyamar bentuk pinggul anda.
Bagi anda rendah, skirt potongan pensil yang menirus ke bawah akan membuatkan anda nampak lebih langsing dan kaki lebih panjang. Dari segi warna pula, pilih warna 'solid' dengan warna blok.
Tubuh kecil
Kekalkan penampilan anda dengan tampak kemas dan manis dengan mengelak daripada memakai pakaian berfabrik cetakan sarat. Anda tidak mahu nampak tenggelam dalam pakaian yang sarat bercetak.
Gabungan rona 'solid' membantu dan jauhkan diri anda dari item yang buatkan kamu nampak seperti ia yang memenuhimu bukannya anda yang memakainya seperti kalung dempak dan kasut berplatform yang terlalu berpetak. Fabrik seperti broked, baldu, sutera, renda dan sifon beri sisi positif dalam penampilan anda.
Tubuh gempal
Potongan jenis 'waterfall' atau 'draping' adalah geleran sinonim untuk pakaian khususnya yang mempunyai potongan seperti tirai yang jatuh berombak ke bawah. Potongan ini memberi ilusi ringkas, seksi tersendiri dan sedikit berstruktur.
Fabrik lembut seperti jersi akan membuatkan tubuh tertumpu pada bahagian yang tak mahu diperlihatkan. Berhati-hati memilih pakaian lebar seperti kaftan yang berpotongan petak kerana ia hanya menampilkan tubuh anda yang besar.
Sebaliknya potongan 'A' pada kaftan akan memberi ilusi tubuh lebih langsing. Bagi yang bertudung, bahagian di dada boleh diselindungi dengan gaya tudung 'draping' di hadapan dari kain lembut seperti sifon. Warna 'solid' paling sesuai digayakan.
Last edited by qasehnuramy on 9-2-2014 10:02 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku ni x tau nak kategori kan kat mana..gempal ka montok |
|
|
|
|
|
|
|
suar harem tu natam gapo?... harem punye suarr |
|
|
|
|
|
|
|
tabasco posted on 10-2-2014 04:04 PM
hahah bang sagu ni...suar harem tu macam suar aladin tu laa
oooo suar mcm tu ropenye...
ingt ape le suar harem suar harem..
harem aku nk mengenalnyeeee
|
|
|
|
|
|
|
|
perlu ke nak tunujuk aset bagai?yg penting tak kira gemuk atau kurus pakailah pakaian ikut agama dan keselesaan diri masing2 |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|