CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3209|Reply: 10

[Tempatan] Peserta konvoi berbasikal Hari Wilayah rebah sebelum meninggal dunia di hospital

[Copy link]
Post time 10-2-2014 11:04 AM | Show all posts |Read mode
Peserta konvoi rebah sebelum meninggal dunia di hospital





Shariful Mazlan Mahasan (gambar kecil) terbaring selepas mengalami sesak nafas sejurus tiba di garisan penamat dalam program Konvoi Berbasikal Hari Wilayah Persekutuan di Dataran Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 9 Feb. - Seorang peserta konvoi berbasikal Hari Wilayah Persekutuan meninggal dunia setelah rebah, sejurus tiba di garis penamat dalam acara itu di Dataran Putrajaya di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, Shariful Mazlan Mahasan, 34, dari Klang, Selangor, dikatakan bersama peserta lain sedang menuju ke garis penamat di hadapan Istana Keadilan di sini.

“Sebaik sahaja tiba di situ, pukul 12 tengah hari, Shariful Mazlan tiba-tiba rebah lalu menyebabkan orang di sekeliling menghulurkan bantuan kepada mangsa," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Menurutnya, Shariful Mazlan kemudian dibawa ke Hospital Putrajaya sebelum disahkan meninggal dunia sejam selepas itu akibat sesak nafas.

Shariful Mazlan yang bekerja sebagai pelukis pelan di sebuah syarikat swasta bersama lebih 6,000 peserta lain menyertai acara bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014 yang bermula pada pukul 8.15 pagi dan turut dihadiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Konvoi berbasikal itu bermula dari Dataran Putrajaya menuju ke Majlis Sukan Negara Bukit Jalil di Kuala Lumpur dan kemudian kembali ke Dataran Putrajaya menuju ke garisan penamat.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... pital#ixzz2sstZHvNY
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-2-2014 11:06 AM | Show all posts
Lebih 6,000 kayuh basikal

Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH
[email protected]




TENGKU Adnan Tengku Mansor melepaskan peserta program konvoi berbasikal Hari Wilayah Persekutuan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 di Dataran Putrajaya, semalam. - UTUSAN/ZAKI AMIRUDDIN


PUTRAJAYA 9 Feb. - Lebih 6,000 peserta menyertai program konvoi berbasikal Hari Wilayah Persekutuan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 yang diadakan di Dataran Putrajaya, di sini hari ini.

Lebih membanggakan acara berbasikal tersebut yang merupakan program tahunan Kementerian Wilayah Persekutuan dan dianjurkan oleh Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) berjaya memecah rekod peserta teramai.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pada awalnya pihaknya hanya menyasarkan sebanyak 5,000 penyertaan namun, sehingga kaunter hampir ditutup masih ramai peserta mendaftar.

"Jangkaan awal kita hanya 5,000 peserta tetapi kita sudah berjaya mengumpul lebih daripada itu, tujuan program ini diadakan bagi memberi peluang kepada warga kota khususnya bersenam dan beriadah menerusi aktiviti berbasikal," katanya kepada pemberita selepas melepaskan konvoi berbasikal tersebut.

Yang hadir sama, Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Dr. Aseh Che Mat dan Pengarah MSWP, Mohd. Hamidi Abu Bakar.

Menurut Tengku Adnan, bagi memeriahkan lagi aktiviti beriadah di Putrajaya pada setiap hujung minggu pihak PPj turut menganjurkan pelbagai program menarik antaranya program berbasikal pada minggu keempat setiap bulan.

Sementara itu, Mohd. Hamidi Abu Bakar berkata, pihaknya berbangga dengan sambutan yang diberikan oleh seluruh peserta tersebut yang sanggup datang dari seluruh negara untuk menyertai program tersebut.

Katanya, kehadiran sebanyak 6,010 peserta pada acara kayuhan tersebut telah melayakkan program itu diiktiraf sebagai salah satu rekod Malaysia.

"Selepas ini kita akan membuat permohonan rasmi kepada pihak Malaysia Book of Records (MBOR) bagi mencatatkan kejayaan program tersebut yang menerima penyertaan peserta paling ramai.

"Kami difahamkan sebelum ini terdapat juga acara serupa yang berjaya mendapat pengiktirafan rekod Malaysia selepas lebih 3,000 peserta menyertainya tetapi, kini rekod itu telah berjaya dipecahkan hari ini," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... sikal#ixzz2ssv0sybQ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2014 11:11 AM | Show all posts
innalillah....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2014 11:42 AM | Show all posts
Al Fatihah & Takziah buat arwah dan keluarga..
adakah arwah mengalami serangan jantung..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2014 11:48 AM | Show all posts
arwah kawan aku punya abang....   duduk sementa klang.


takziah
alfatihah
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2014 12:22 PM | Show all posts
along3746 posted on 10-2-2014 09:42 AM
Al Fatihah & Takziah buat arwah dan keluarga..
adakah arwah mengalami serangan jantung..

kannn...kalo kes mcm ni melibatkan jantung...
maybe sblm tu arwah x warm up dulu...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-2-2014 12:23 PM | Show all posts
Arwah bukan atlet
Makanan x jaga
Kalori tinggi
Kawan arwah yg cakap
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2014 12:40 PM | Show all posts
kekadang bersukan melebihi had diri kita pun mendatangkan bahaya.....pa pun takziah buat keluarga mangsa.....al-fatihah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2014 01:02 PM | Show all posts
takziah..



Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2014 01:15 PM | Show all posts
Berapa km ni? Dataran putrajaya - bukit jalil - dataran putrajaya?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2014 01:19 PM | Show all posts
2 orang kawan aku pun join juga konvoi ni...
tengok gmbr happy je depa...x bg tau apa2 pun pasal kes ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.062597 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list