PUTRAJAYA: Warga asing bakal dikenakan bayaran kos perubatan sebenar di klinik dan hospital kerajaan tidak lama lagi, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam. Beliau berkata pada masa ini warga asing termasuk pekerja dan pelajar yang mendapatkan rawatan di klinik dan hospital kerajaan menikmati subsidi perubatan antara 30 hingga 40 peratus. “Dengan pelaksanaan langkah tersebut, kerajaan mampu menjimatkan sehingga RM100 juta setahun yang wang itu boleh digunakan untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kesihatan dan perubatan di negara ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri perhimpuan bulanan kementerian itu di sini hari ini. Beliau berkata kementerian sedang memuktamadkan kos tersebut sebelum dikuatkuasakan.
Baca penuh:http://www.freemalaysiatoday.com/
patutle ....cos perubatan meningkat ....bukan kerana penyakit kronik ... |